Baru sekarang aku tau yang tepung beras tak boleh tersalah tengok cap dan gambar serta kegunaannya. Biasa aku tengok yang tertulis tepung beras terus saja beli. Rupanya kena tengok dan pastikan betul-betul. Jangan tersilap beli tepung beras, nanti apa yang di masak tak menjadi seperti yang di harapkan. Kegunaan tepung beras ada pelbagai, jadi di ingatkan jangan tersilap beli tepung beras yer...!
Ingatkan sama saja semua tepung beras yang di jual di pasaran. Tak pernah terfikir gambar gajah yang tertera pada pembungkus tepung beras itu ada maksudnya. Ingatkan dari syarikat yang berbeza sebab itu gambar gajah yang tertera itu lain-lain. Rupanya ia bermaksud pebezaaan jenis tepung beras itu.... huhu!
Ada 3 jenis tepung beras berlambangkan gajah yang di proses dan di bungkus dari negara Thailand. Ada sedikit perbezaan dari lambang gajah tu yang menandakan fungsi kegunaan tepung beras ini berbeza mengikut keperluannya. Di sini aku kongsi apa yang baru aku tahu tentang fungsi tepung beras meengikut lambang yang ada.
Jangan Tersilap Beli Tepung Beras
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng seperti buat adunan utk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak, adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempah. Tepung ini sangat ranggup dan sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau @ dhall.
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Tepung ini sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti contoh kuih koci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih yang lembut. Ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung ini sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee sebab ia lebih kental.
Ada satu lagi jenis tepung beras yang banyak di jual tapi tak ada gambar gajah. Orang kata tepung ini pun bagus untuk buat pelbagai jenis kuih dan makanan gorengan iaitu:
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung nya kurang. Jika buat rempeyek dan tumpi sangat-sangat ranggup.
Nanti, apabila nak menggunakan tepung beras aku kena pastikan dulu label pada bungkusan tepung beras yang aku beli. Biasanya, namanya tepung beras, nak buat apa, ikut suka akulah. Kini kena berhati-hati, nanti tak menjadi pula makanan yang di buat dengan tepung beras.
Nak dapat pelbagai informasi klik SINI
Nak dapat pelbagai informasi klik SINI
p/s: Dapat belajar satu perkara yang baru aku tahu, sharing is caring from FB... :)
la.. baru tahu.. ingatkan gambar tu saje je.. tq share..
ReplyDeleteThanks for sharing this.
ReplyDeleteSamalah dengan Mrs. A tak tahu pulak tepung beras tu berbeza-beza kegunaannya ngeh! ngeh! ngeh!
lah! yeake..baru tau ni..ayoyo igtkan sama je semua nya...suka sgt tips ni thanks sharing
ReplyDelete