Biasanya kalau nak top up atau proses tambah nilai kredit prabayar telefon samaada menggunakan terus dari bank atau beli di kedai yang menjual kad prabayar Kini ada aplikasi boost yang menawarkan proses tersebut dan seterusnya memberi ganjaran atau keuntungan. Bila top up atau masukkan tambah nilai dari aplikasi boost itu ke telefon, goncang-goncang dapat duit. Senang kan...!
Gambar Logo Aplikasi Boost Di Google Play |
Aplikasi Boost boleh digunakan oleh semua pengguna pra-bayar di Malaysia. Tidak kira samada anda pengguna Xpax, U Mobile, Digi, Hotlink, XOX, Tune Talk atau Altel. Boleh tambah nilai pelbagai amaun serta menghantar tambah-nilai kepada sesiapa saja asalkan ada amaun wang yang telah di masukkan kedalam akaun aplikasi tersebut.
Sebelum dapat tahu temtang aplikasi boost ini aku biasanya top up terus dari akaun bank yang aku ada iaitu Maybank2u ataupun Cimbclicks. Bila dapat tahu dengan aplikasi boost ini, aku tak melepaskan peluang untuk menikmati ganjaran dan keuntungan yang di berikan. Sekurang-kurangnya menjimatkan top up telefon aku sekeluarga.
Selain itu jiran-jiran di kawasan perumahan rumah aku pun sering meminta aku top up kan kredit telefon mereka. Ramai dari mereka yang tak pandai menggunakan perbankan online di kawasan rumah aku ini. Nak pergi ke kedai, jauh juga lah. Sudah semestinya mereka bayar nilainya. Dengan membantu mereka, bagaikan aku buka kedai jadi ejen jual top up pula... hahaha!
Muka Depan Aplikasi Boost Aku |
Sebenarnya aku hanya suka-suka membantu jiran tetangga untuk memudahkan tanpa perlu ke kedai untuk mendapatkan top up kredit telefon mereka. Selain itu aku juga ada memberitahu mereka dan sedia mengajar mereka untuk top up sendiri tambah nilai telefon mereka. Semestinya mesti ada akaun bank yang aktif. Apa nak buat, tak pandai kata mereka... huhu!
Cara Mengaktifkan Akaun Aplikasi Boost
- Muat turun aplikasi Boost dari Google Playstore.
- Daftar akaun Boost
- “Shake” atau goncang telefon anda untuk menikmati ganjaran Boost Kredit PERCUMA
- Letakkan maklumat kad debit/kad kredit atau maklumat Maybank2u/ Cimbclicks atau apa saja akaun bank yang ada.
- Beli Boost Kredit
- Selepas setiap tambah-nilai, “Shake” / goncang telefon anda anda untuk peluang menikmati ganjaran. (Shake Bonus)
Seronok tau apabila goncang-goncang tu dapat duit. Boleh dapat kadang-kadang 20 sen, sesekali 50 sen, ada kalanya RM1 dan kalau lagi besar top up kreditnya, makin besarlah ganjarannya. Sikit-sikit, lama-lama bertimbunlah juga duit ganjaran dan keuntungan top up kredit itu. Alangkah kerugiannya pada sesiapa yang tak mahu menggunakannya. Walhal telefon dorang tu jenis prabayar, melainkan yang jenis gunakan postpaid tu.
Aplikasi boost ini selain di gunakan sebagai top up kredit, sebenarnya pelbagai kegunaannya. Banyak sangat kegunaanya dan semuanya boleh di nikmati ganjarannya. Beli barangan di kedai terpilih, tengok wayang, menggunakan perkhidmatan grab, beli barangan online di online shop terpilih, dan banyak lagi yang tak dapat di sebutkan di sini sebab banyak sangat. Semuanya itu dapat diskaun dan mata ganjaran yang berbaloi.
Kalau nak tahu lebi jelas dan lebih lanjut, muat turun aplikasi boost tu. Jangan hanya dengar cakap saja. Sangat berbalai-baloi ganjaranya yang tak dapat di sangkal lagi. Cuba dulu, mesti sangat berpuashati dengan aplikasi ini. Pada sesiapa yang dah sedia nak muat turun aplikasi boost ini, jangan lupa masukkan kod ini sekali .... " noxy62 "
Nak lebih informasi, klik SINI
p/s: Anak gadis aku di asrama jual top up kredit aplikasi boost aku ni dengan kawan-kawan dia juga... hehe!
No comments:
Post a Comment