04 October 2018

Tips Gunakan Sudu Hilangkan Eyebag Di Bawah Mata Yang Berkesan

Wanita sentiasa mengiginkan waja yang sempurna. Tapi kesempurnaan ini sering di cacatkan dengan pelbagai perkara yang sukar di elakkan. Antaranya eyebag di bawah mata atau sinonim di gelar mata panda. Satu teknik yang melucukan tapi di dapati amat berkesan adalah tips gunakan sudu hilangkan eyebag di bawah mata.

Tips Gunakan Sudu Hilangkan Eyebag Di Bawah Mata Yang Berkesan
Tips Gunakan Sudu Hilangkan Eyebag Di Bawah Mata Yang Berkesan

Eyebag adalah lingkaran hitam du bawah mata yang terjadi apabila seseorang itu tak cukup tidur, penat atau letih. Selain itu munglin di sebabkan keturunan, alergi hingga menyebabkan mata bengkak dan banyak sebab lain lagi.

Di panggil eyebag sebab nampak seperti satu beg yang gelap dan ada kalanya kembung  berbentuk bulan sabit di bawah mata. Kadang-kadang begitu jelas penampakannya untuk orang yang kurang tidur. Jadi tidurlah secukupnya untu mengelakkan eyebag kelihatan menonjol.



Banyak tips sudah aku gunakan untuk menghilangkan eyebag ini. Antaranya menggunakan hirisan timun, parutan kentang dan juga uncang teh. Namun tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan dengan cepat. 

Al maklum aku mempunyai eyebag yang besar juga apabila kurang rehat akibat kerjaya aku sebagai blogger dan dropshipper yang sentiasa mengadap laptop dan sering menggunakan telefon bimbit. Jadi, eyebag dan wajah aku berpisah tiada.

Tips Gunakan Sudu Hilangkan Eyebag Di Bawah Mata Yang Berkesan


Menggunakan sudu ini hasilnya sangat mantap dan berkesan. Dari eyebag aku bersaiz L hingga menjadi saiz S dengan cepat dalam masa 1 hari saja. Tapi kena guna dengan kerap. Buatlah di waktu rehat sambil melelapkan mata sekejap berulang-ulang kali.

Caranya, ambil 2 batang sudu besi. Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 5 - 10 minit. Tekap belakang sudu yang melengkung tu di bawah mata iaitu di sekitar eyebag. Tekap sehingga hilang rasa sejuk itu. Buat berulang kali.

Nak lebih mudah, gunakan 4 batang sudu besi dan boleh di gunakan bergilir-gilir dan beberapa kali. Nescaya eyebag dah tak mengganggu wajah lagi. Tapi ingat tau, tekap di mata. Jangan pula korek biji mata tu... tak suruh yer... hahaha!

Nak tau informasi terkini.... klik SINI

p/s: Bukan ada kerajinan sangat nak buat pun sebenarnya. Kecuali kalau nak keluar kemana-mana tetiba kerajinan itu ada... ehhh!!! 

#pic fr google

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Nasib baik ada eye treatment. Sapu ja malam2. Kang guna sudu, laki pulak bising. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. mudah nyer.
    free plak tu tips ni. terbaik :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...