26 October 2018

Sup Ketam Sedap, Sesuai Membangkitkan Selera Makan

Minggu lepas aku buatkan sup ketam sedap untuk seseorang yang tak berselera nak makan setelah demam beberapa hari. Tapi ini bukan sup ketam untuk  menghilangkan demam denggi yang biasa tu. Kalau untuk denggi kata orang kena buat sup dengan ketam nipah. Ini hanya ketam biasa di buat gulai tu. Hanya sup ketam sedap untuk membangkitkan selera makan pada yang demam saja. Tapi kalau tak ada, ketam ini pun boleh juga kan! Entahlah..... hahaha!

Sup Ketam Sedap, Sesuai Membangkitkan Selera Makan
Sup Ketam Sedap, Sesuai Membangkitkan Selera Makan

Sudah tuan empunya badan yang tak berselera makan minta di buatkan sup ketam. Ikutkan dan buatkan sajalah. Manalah tau boleh menghilangkan demam yang sudah berlarutan hampir seminggu dua berulang-ulang ini. Sudah ke klinik beberapa kali ambil darah tak ada apa-apa yang serius dan tak pula kena demam denggi. 



Aku buat sup ketam ini versi main campak-campak saja. Macam cara yang biasa aku buat tapi letak sayuran sedikit saja sebab jumlah ketam pun dah penuh seperiuk. Rasa ketam yang sedap yang manis itu nanti akan tenggelam pula dek penuh dengan sayuran pula. Cukuplah sekadar ada sahaja. Aku masukkan juga seketul kek ikan yang di dadu kecil. 

Sup Ketam Sedap, Sesuai Membangkitkan Selera Makan


Bahan-bahan:

3 ekor ketam sederhana
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili api
1/2 sudu teh lada hitam
1/2  ketul kiub ayam
Sepeket sup bunjut
Sepokok daun sup
Sebji tomato
Sekeping kek ikan
Secebis asam keping
Bunga kobis, carrot secukupnya
Rempah 3 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya


Cara-cara:

Ketam di bersihkan di buang kulit luarnya, di pisahkan dari sepitnya dan di potong duri yang tajam pada sepit. Bawang merah dan bawang putih di tumbuk lumat. Halia dan cili api di ketuk sedikit.

Daun sup di asingkan daun dan batangnya serta di hiris halus. Sayur bunga kobis dan carrot  di potong kecil. Tomato di belah empat atau enam. Kek ikan pula di potong dadu. 

Tumiskan bahan yang di tumbuk bersama rempah 3 sekawan sehingga naik bau. Masukkan sedikit air, seterusnya cili api dan halia yang yang di ketuk. Masukkan juga sup bunjut, kiub ayam. lada hitam dan asam keping. Didihkan.

Seterusnya masukkan ketam dan kek ikan. Tambahkan air secukupnya. Biarkan terus mendidih. Bila mendidih, masukkan sayur bunga kobis dan carrot. Masukkan juga batang daun sup yang di asingkan sebelumnya. 

Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa Bila nak hampir masak, masukkan tomato. Tutup api. Taburkan daun sup di atas hidangan. Sedap di makan panans-panas dan sangat membuka selera.

Inilah dia resepi mudah dan campak-campak yang ringkas sahaja untuk orang demam. Akhirnya orang demam dah sihat selepas makan sup ketam. Lepaslah kempunan dia nak makan  lauk ketam yang sedap ini... hehe!

Nak cari resepi lagi dan lagi.... klik SINI

p/s: Nak lebih rasa, makan dengan sambal kicap pedas dan perahkan asam limau. Tapi itu untuk orang yang sihat je lah... hehh!

4 comments:

  1. SA warded ni..nak request la sup ketam kat mak ngan abah

    ReplyDelete
  2. Hujan2 ni sedap juga hirup sup panas2 ni kan.. Hihi
    .

    ReplyDelete
  3. Salam, sedapnya resepi, thanks for sharing.😊

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...