Seronok menghadiri sambutan majlis harijadi ni... kan. Hari Sabtu lepas aku hadiri sambutan harijadi anak kepada anak buah aku. Maksudnya yang sambut harijadi ni adalah pangkat cucu dengan aku. Sambutan majlid harijadi Rayyan yang ke 7. Anak sulung kepada anak buah kesayangan Fazilah dan Azwan.
Sambutan Majlis Harijadi Rayyan Yang Ke 7 Tahun |
Aku kesana bersama anak-anak gadis aku. Paling aku suka pergi majlis harijadi ni sebab dapat makan kek sepotong dua. Aku sebenarnya sangat menyukai kek yang berkrim tu. Nak buat sendiri pasti tak menjadi dan sudah tentu tak sesedap kek yang dari kedai kek tu... hahaha!
Sambutan Majlis Harijadi Rayyan Yang Ke 7 Tahun
Hari tu di majlis harijadi tu selain dapat makan kek, ada ayam dan kentang goreng KFC, laksa yang di masak oleh mak mertua anak buah, mee goreng oleh kak ipar, tart cheese dan beberapa juadah iringan lagi. Sedap-sedap belaka juadah yang ada.
Nasib baik tarikh tu en. suami ada hal untuk keluar dari tempat kerja sekejap. Dapatlah aku minta dia hantar kami anak-beranak ke rumah kak ipar untuk menghadiri majlis harijadi ni. Rayyan si 'birthday boy' ini anak sulung kepada pasangan Fazilah dan Azwan.
Selain itu mereka ada 2 lagi anak iaitu raisya dan rayqal. Dan sedang menanti cahayamata yang ke empat yang akan di lahirkan awal tahun depan. Dah nampak matang dan pandai bawa diri si abang long rayyan ni. Nampak sangat matang dari usianya. Iyalah, adik-adik pun dah ramai.
Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga mereka. Untuk Rayyan semoga berjaya dalam pelajaran dan kehidupan serta jadi anak yang taat dan soleh. Dari kecil aku tengok ibunya membesar dan mendirikan rumahtangga. Kini aku harapkan dapat melihat kejayaan demi kejayaan dam kehidupan dia pula... amin!!
Nak baca catatan dan cerita... klik SINI
p/s: Di sebabkan di ajak sambutan harijadi ni tergesa-gesa aku tak sempat nak beli hadiah. Nnti nak cari kan hadiah yang sesuai.
happy birthday rayyan!
ReplyDeleteSelamat hari lahir rayyan
ReplyDeleteselamat hari lahir, rayyan :)
ReplyDeletemoga membesar sihat dan cerdik.