17 October 2018

Resepi Kek Marble Span Yang Mudah Sangat....

Tetiba aku teringin nak makan kek marble pula. Belek pula bahan-bahan yang ada di dapur. Tak cukup bahan nak buat kek. Margerin atau mentega pun tak ada. Tepung pun nampaknya ada setengah balang saja. Aku pun pun godek resepi di internet. Terjumpalah resepi buat kek marble span yang mudah sangat ini. 

Resepi Kek Marble Span Yang Mudah Sangat....
Resepi Kek Marble Span Yang Mudah Sangat....

Paling penting bahan-bahannya pun sikit saja. Sesuailah dengan bajet ciput aku yang ada ni. Bahan mentega ganti dengan minyak saja. Telur pun hanya 3 biji saja. Aku tengah ada kerajinan ini dan terasa teringin nak merasanya. Lama sungguh tak buat kek sebenarnya.

Bila kemalasan melanda dan di sebabkan dengan berbagai faktor seperti mixer aku rosak (sekarang dah beli di chilindo sebelum hari raya ) dan rumah aku ni mempunyai dapur yang tak selesa nak  memasak renyah-renyah bagai tu. Kalau nak mengayak tepung atau pukul adunan kena ke ruang tamu... hahaha!



Tapi kalau dah terajin dan teringin tu, aku kemaskan ruang tamu, jadilah ia tempat mengadun adunan. Nak letak oven membakar tu, aku letak dalam bilik kecil yang di jadikan stor. Boleh bayangkan betapa kepayahan nak menggunakan oven. Dapur memang tak muat nak letak oven. Tahan sajalah sementara tinggal di sini.

Resepi Kek Marble Span Yang Mudah Sangat....


Bahan2nya...

3 biji telur
½ cawan gula
1 sudu besar ovelete
1 sudu kecil esen vanilla
¾ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
¼ cawan susu cair
Secubit garam
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

Ayak tepung gandum bersama baking powder. Dengan menggunakan mixer, gaulkan telur, gula, ovelete dan esen vanila hingga kembang.

Selepas itu masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi dan putar hingga putih dan gebu.

Bahagikan adunan menjadi dua bahagian, satu bahagian di campurkan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi warna asal.

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang  telah di sapu dengan minyak atau di lapik dengan baking paper secara selang seli sehingga habis.

Bakar selama 35 hingga 40 minit dengan suhu 170c - 180c menggunakan api atas bawah atau bergantung pada oven masing-masing.




Adunan kek ni sikit saja. Jadi gunakanlah bekas adunan yang kecil saja iaitu dalam loyang bersaiz 5 - 6 inci saja diameternya. Jadilah untuk aku melepaskan keinginan aku untuk makan kek marble. Aku kongsi cara di sini agar tidak hilang resepinya. Nanti boleh buat lagi.

Nak resepi pelbagai masakan di blog ini, boleh klik SINI

p/s:  Sedap juga resepi kek ni, agak berlainan dengan resepi kek yang biasa aku buat...  Ambil di mana resepi ni, dal lupa lah pula. Tapi yang pasti dalam group MAHN


5 comments:

  1. sedapnyaaaa. but i am so bad at baking

    ReplyDelete
  2. nampak sedappp.. rajinnya akak membaking huuhu..

    ReplyDelete
  3. sedapnya...nnti nk buat la.anak2 suka sgt kek simple mcm ni

    ReplyDelete
  4. aida ni kurang arif buat kek.
    ada aje silap nyer :)
    dari segi rupa paras la.
    dari segi rasa, ok jer la dibuat makan.

    ReplyDelete
  5. sedapnya boleh cuba ni, pun teringin nak makan kek marble

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...