Tak tau bawa keluarga nak makan di mana? Nak makan apa? Jomlah cuba rasa Groupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Mesti teruja makan di sini sebab makanan di sajikan secara masakan China, bergaya mewah bersama citarasa dan hidangan yang menarik. Percayalah, Tung Yuen Chinese Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam tak pernah tidak mengujakan anda. Jangan risau di jamin halal tau... !
Promosi GAROUPA DELIGHT Di Tung Yuen Chinese Restaurant |
Pelbagai lauk pauk Chinese style di sediakan untuk pilihan anda. Hidangan utam adalah 'Garoupa Delight'. Menu tersedia adalah di Grand BlueWave Shah Alam ini ialah seperti Deep Fried with Spicy Plum Seeds ataupun Lime Sauce or Steam with “Teoh Chew” style and Glass Noodle, Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on Hot plate, Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean curd Skin on Siew Pak Choy.
Di sediakan juga Fried Rice with Chicken Cube in bamboo basket and lotus leaf ataupun nasi putih stim. Untuk dimsum, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menyajikan 4 jenis Dim Sum seperti Steam Chicken Siew Mai with Ebiko, Steam Black Mushroom Chicken Dumpling, Pan Fried Shanghai Dumpling, Steam Beancurd Roll with Thai Chilli Sauce.
Menarik sungguh menu promosi di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam ini. Harga menu promosi Garoupa Delights ini yang mengandungi 5 jenis masakan ini berharga RM68++ sahaja. Murah dan sangat berbaloi untuk di nikmati di tempat yang bertaraf 5 bintang ini. Bila lagi nak bawa keluaga iaitu isteri, ibu bapa dan adik beradik makan di sini.
Promosi GAROUPA DELIGHT Di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Oh ya, jangan lupa promosi Garoupa Delight ini berakhir pada 31hb Oktober 2018. Untuk set garoupa delight ini, order untuk 5 orang tau. Cepat-cepat tempah tempat anda di sini :
Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Tung Yuen Chinese Restaurant
Level 1
Buka
Isnin - Ahad ( 7 hari seminggu )
Waktu
Lunch - 11.30 hingga 2.30pm
Dinner - 6.30pm hingga 10.30pm
No Tel
03-5511 8811 ext 2616
Website
p/s: Pada yang belum tau, garoupa itu adalah ikan kerapu yer... hehe!
Nampak menarik semua menu-menu nie..
ReplyDelete