18 October 2018

Program Diet Tak Berjaya.... Kenapa?

Adakah program diet yang anda lakukan sekarang ini tidak berjaya? Bergelut untuk melakukan senaman atau mengamalkan diet terkini? Walaupun bersungguh-sungguh melakukan program diet ini, anda masih tidak mampu mendisplinkan diri mengamalkan program diet ini dengan jayanya.

Program Diet Tak Berjaya.... Kenapa?

Janganlah bermuram durja dan bersusah hati. kerana ramai yang pernah mengalami situasi sebegini. Kata pakar pemakanan, kunci kejayaan dalam memastikan program diet anda berjaya ialah melakukan senaman dan amalkan pengambilan makanan berkhasiat. 

Program Diet Tak Berjaya.... Kenapa?


Sewajarnya program diet ini di jadikan amalan seharian dan lakukan secara berterusan. Di sini di sertakan tip bagaimana menjadikan diet pemakanan dan senaman sebahagian daripada rutin harian anda :

- Menyediakan sarapan pagi yang mudah tetapi penuh khasiat seperti susu di mana pengambilannya mudah walaupun sibuk bekerja ataupun melayan anak-anak.

- Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal supaya lebih sihat dan merasa lebih cergas. Banyak aktiviti fizikal boleh dibuat seperti bergerak ke bangunan pejabat menggunakan tangga daripada menggunakan lif. Untuk yang suri rumah pula boleh menyapu dan mengemas rumah. Sesekali bersiar-siar di taman bersama keluarga juga adalah aktiviti fizikal yang menyenangkan.

- Jadikan sesuatu aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Ia sepatutnya akan terjadi secara spontan dan tidak pernah anda fikirkan. Rutin harian ini jika di jadikan amalan seharian, ia akan berbaloi dalam usaha mengekalkan kesihatan.



- Sentiasa penuh keazaman dan tekad. Ia penting dalam membantu anda mengekalkan kesihatan dan pergerakan. Kukuhkan keazaman anda iaitu satu pelaburan yang dapat membantu anda mencapai matlamat serta kejayaan.

Bangkitkanlah azam untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan yang baik agar program diet ini berjaya. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi paling penting untuk menjaga insan-insan tersayang di sekeliling anda. 

Selain itu, apabila program diet ini berjaya ia juga meningkatkan keyakinan diri apabila kesihatan diri sangat stabil. Namun apabila keazaman jadi menurun, kenalah beringat. Carilah teman-teman yang sealiran yang positif dan sentiasa ingat mengingati. Barulah tekad dan keazaman seiring dengan kejayaan.

Untuk mendapatkan informasi dan motivasi diri, klik  SINI

p/s: Fuhhh..... kesat dahi dan berpeluh dengan azam diet yang dah tercampak... keh keh keh!

#pic fr google

2 comments:

  1. aida da few months tau start kan pemakanan sihat.
    at first, cita-cita nak diet tau.
    tahan makan.
    jogging. workout tiap pagi.
    hmmmm tapi berat tak turun!!! stress.
    memula terasa frust. tetiba, bila tgk certain part, inci nyer kurang :)
    then, aida terus releks.
    maintain kan pemakanan sihat. workout 3-5 seminggu.
    bab sarapan tu, aida setuju. sgt betul.
    jgn skip sarapan if nak diet sukses! :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...