Boleh di katakan setiap hari aku menggunakan pengisar @ blender dalam proses masak memasak. Setelah menggunakan sekian lama hampir bertahun-tahun, mata pisau pengisar sudah terasa tumpul. Nak mempertajamkan kembali dengan mengasah mata bilah yang berceracak di dalam jag, macam mustahil saja. Rupanya ada aku jumpa petua yang boleh mempertajamkan mata pisau itu di internet... huhu!
Petua Mempertajamkan Kembali Mata Pisau Pengisar @ Blender Yang Tumpul |
Pengisar @ blender adalah satu keperluan yang sangat berguna di dapur. Tanpa pengisar, kerja memasak akan menjadi renyah dan agak susah untuk melumatkan bahan masakan. Jadi, apabila pengisar yang sudah menunjukkan tanda-tanda tumpul menjadikan kisaran bahan-bahan masakan tidak hancur dan lumat dengan sekata.
\
Nak beli bekas pengisar yang baru, bekas pengisar yang ada masih elok dan cantik, lagipun mesti kena keluar sedikit perbelanjaan untuk melakukan pembelian. Kalau boleh di asah mata bilah pengisar itu adalah lebih baik. Barulah boleh berjimat dan di gunakan sampai bertahun-tahun lagi.
Petua Mempertajamkan Kembali Mata Pisau Pengisar @ Blender Yang Tumpul
Bahan yang di gunakan untuk mempertajamkan kembali mata kisar yang telah tumpul hanya dengan menggunakan garam kasar. Hanya garam kasar yang biasa di dapati di kedai runcit saja. Masukkan lebih kurang secawan garam kasar ke dalam jag pengisar. Kisar lumat garam kasar itu. Selepas itu mata pisau pengisar sudah tajam kembali.
Kenapa guna garam kasar? Ini adalah kerana bentuk kristal garam kasar yang keras mampu membuat mata bilah jag pengisar terasah dan kembali tajam. Jangan risau, garam tidak merosakkan mata pengisar. Jangan di buang garam yang sudah menjadi halus itu. Masih boleh digunakan dalam pelbagai masakan.
Selepas ini, apabila mata bilah pengisar itu sudah menunjukkan tanda-tanda hendak tumpul lagi , asah kembali menggunakan garam kasar. Boleh buat berulang-kali sehingga mesin pengisar rosak atau sudah buruk. Barulah dapat menggunakannnya dengan maksimum dan mengelakkan pembaziran.
Nak tahu tentang informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Pernah terjadi, sedang mengisar bahan, mesin berbunyi tapi bahan tak bergerak di dalam jag. Bila di tengok dalam jag, bilah pengisar sudah tercabut. Tamatlah riwayat jag pengisar tu... haihhh!
#pic fr google
#pic fr google
lah guna garam je ke, boleh balik gitau mak la
ReplyDeleteWah baru tahu! Ilmu baru ni. Hehe. Terima kasih ye 😁
ReplyDelete