09 October 2018

Petua Jangan Bagi Kucing Melepas Di Kawasan Rumah....

Terbaca status kawan di FB pasal kucing melepas di kawasan rumah dia, aku terpanggil untuk membuat entri di blog berkenaan hal ini. Macam-macam petua jangan bagi kucing melepas di kawan rumah ada tapi tak tau yang mana satu berkesan atau tidak... huh!

Petua Jangan Bagi Kucing Melepas Di Kawasan Rumah....
Petua Jangan Bagi Kucing Melepas Di Kawasan Rumah....

Petua paling ramai orang komgsi adalah isi air dalam botol minuman dan letak di kawasan kucing melepas a.k.a berak dan kencing. Selain itu ada pula yang buat letak pewarna merah dalam botol air. Ada sekali tu bersusun-susun botol air berwarna dan tak berwarna di kawasan flat perumahan aku tinggal ini. Meriah.... hahaha!

Sekejap saja aku tengok petua letak air bewarna dan tak berwarna dalam botol itu berkesan. Selepas tu aku tengok sudah tak berkesan lagi. Najis kucing berlonggok-longgok di sebelah botol-botol air tu. Itu tandanya kucing dah tahu botol tu tak boleh buat apa-apa dengan si kucing tu .... hehe!



Aku pula tak pernah guna cara letak air dalam botol untuk menghalang kucing melepas di hadapan rumah aku. Mula-mula terkena dulu aku cuci bersih macam biasa. Kucing datang melepas berak dan kencing lagi kawasan tu. Bila sudah beberapa kali berlaku, aku jadi marah. Apa si kucing ni dah anggap itu jamban dorang ke?

Petua Jangan Bagi Kucing Melepas Di Kawasan Rumah....


Selepas itu barulah aku dapat petua paling efektif ini. Lupa dari siapa dan di mana aku dapat idea. Kucing ini ada satu tabiat iaitu dia akan menandakan kawasan yang dia biasa datang. Ia untuk memberitahu para kucing lain yang itu kawasan dia. Macam sepupu dia pak belang yang dalan hutan tu juga.  

Biasa kucing yang buat macam tu adalah kucing yang paling dominan atau taiko. Kiranya dalam bahasa orang di panggil abang kawasan. Dia akan sentiasa tinggalkan kesannya di tempat-tempat yang telah di tanda. Walau sudah di cuci bersih, kucing mempunyai deria bau yang kuat dan tau tempat yang pernah di tanda.

Cara aku, cuci bersih tempat najis kucing itu. Lap biar sampai kering. Percikkan sedikit minyak hitam atau minyak petrol dan lap dengan tisu atau suratkhabar sampai rata. Tak perlu di cuci kembali. Memang kawasan tu akan jadi licin dalam 2 -3  hari. Tapi sangat berkesan sehingga berbulan dan bertahun-tahun. 

Kawasan di hadapan rumah aku ni dah lama tak ada kucing melepas berak kecing dah. Beberapa bulan lepas, jiran di hadapan rumah aku pindah. Rumah dia ni memang selalu kucing melepas di situ tapi dia rajin cuci. Bila dia pindah aku dah tak dapat merasa udara segar di hadapan rumah. Jadi, aku ambil inisiatif cuci hadapan rumah jiran aku tu dengan cara ini. 

Sejak itu tak ada lagi kucing melepas di situ. Beberapa hari lepas dah ada penghuni baru. Senanglah dia, tak perlu hadap najis kucing di hadapan pintu rumah lagi. Kemungkinan kucing tak tahan dengan bau minyak hitam atau petrol itu ataupun kucing dah tak dapat hidu bekas najis dia lagi.... huhu!

Tak payahlah susah-susah letak air macam-macam warna lagi. Di rumah aku banyak minyak hitam lebihan dari botol bekas minyak hitam yang di kumpul en.suami. Biasanya bersusun botol bekas minyak hitam itu di rumah aku sebelum di jual. Bukan hari-hari aku kena letak minyak hitam. Setahun tak sekali ataupun apabila aku cuci laman luar yang sekangkang sedepa tu je... hihi!

Nak dapat pelbagai informasi, klik SINI

p/s: Kenapa aku guna minyak hitam atau petrol adalah sebab baunya kuat. Ada yang kata boleh guna minyak wangi sebab kucing tak suka wangi ataupun racun serangga yang spray tu. Tapi aku rasa lebih jimat dan praktikal pakai minyak hitam... :)

#oic fr google

2 comments:

  1. Wah, info baru nie.. Saya selalu guna clorox jea nak bersihkan kawasan rumah, walaupun saya bela kucing.. tapi oleh kerana kucing lain yang buat onar, terpaksa basuh jugaklah.. Terima kasih sis atas info nie..

    ReplyDelete
  2. terima kasih info. sebelum ni kami guna botol air kaler merah tapi tak jadi juga. lepas ni nak try guna petrol pulak la

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...