Cabaran akan sentiasa mendatangi kehidupan kita. Adakalanya berat dan adakalanya ringan dan mudah untuk di tangani. Kesusahan dalam kehidupan mendatangi diri bagaikan roda. Terpulanglah pada kita bagaimana untuk menangani kesusahan dalam kehidupan ini.
Menangani Kesusahan Dalam Kehidupan Yang Pernah Di Lalui |
Sesekali aku terduduk sendirian menikirkan mengapa perkara ini berlaku. Ada masanya aku hanya mampu menangis kesedihan seolah-olah kesal dengan ujian dan cabaran yang menimpa. Sewajarnya lah aku dengan penuh keazaman dan cekal menghadapi kesusahan ini.... kan!
Aku pernah merasa keajaiban Allah dari kesusahan ini. Ada sekali tu, kami sekeluarga terlalu hampir dengan keputusan makanan. Tiba-tiba datang keluarga ipar suami menghantar barang-barang makanan dan sedekah duit sekali pada anak-anak. Cukup untuk bekalan selama 2 hari sebelum en. suami mendapat gaji. Alhamdulillah.... !
Itu cerita lebih 10 tahun yang lalu. Jadi, jangan anggap kesusahan satu musibah. Anggaplah ia sebagai ujian dan cabaran untuk kita lebih tabah mengharungi kehidupan ini. Perlahan-lahan aku ubah cara hidup tanpa perlu bergantung dengan pendapatan en. suami. Sekarang ini aku seorang blogger dan dropshipper.
Menangani Kesusahan Dalam Kehidupan Yang Pernah Di Lalui
Bukan mudah untuk aku nak tukar mindset dan muhasabah diri. Tapi apa yang perlu aku lakukan adalah mengaudit dan menyakinkan diri sendiri. Apa yang betul dan apa yang tak betul pada diri ini yang menyebabkan aku terperangkap dalam kesusahan ini. Tansformasi diri dan aku bermula dengan mencari keupayaan diri
Sebelum menjadi dropshipper aku berniaga di kiosk, event, expo, pasar pagi juga kedai di pusat membeli belah. Aku berkecimpung di situ selama beberapa tahun juga lah. Dalam jangka masa tu aku sudah pun berkecimpung di bidang online dalam penulisan blog atau blogger tapi hanya sesekali sebab kesuntukan masa berniaga.
Akhirnya aku mengalah juga dengan kehidupan yang padat dek mengejar tempat dan waktu berniaga hingga terabai anak dan keluarga. Aku berhenti berniaga di tapak-tapak perniagaan dan mula berniaga secara online. Bermula dengan produk yang ada di tangan tapi akhirnya aku terus menjadi dropshipper.
Apabila modal tak sebanyak mana, baiklah aku bertatih-tatih dahulu. Menjual apa yang di tawarkan oleh founder produk online dan pakaian online yang bersepah di alam maya @ internet ini. Bukan aku tak ada angan-angan untuk ada produk sendiri. Insya'allah sekiranya ada peluang dan modal nanti.
Sekarang kesusahan dan kesempitan hidup makin menjauh dari kami sekeluarga. Perniagaan online aku kini sudah semakin stabil dan makin di kenali. Ramai sungguh pelanggan online aku menyangka aku ada butik sendiri. Insya'allah di masa akan datang. Doa-doakanlah ia menjadi kenyataaan nanti... aminnn!!!
Walaupun pendapatan taklah beribu-ribu lemon setiap hari tapi rezeki memang tak pernah putus hampir setiap hari. Dan lagi, kalaulah pelanggan yang setiap hari bertanya dan menunjuk minat kesemuanya jadi membeli, nescaya aku dah menjadi jutawan sekarang ini. Tapi tak apa lah.... Masih ada yang menjadi pembeli dan ada yang menjadi pelanggan setia ... Yeayhhh!!!
Untuk tengok laman jualan online aku ini lihat link2 di bawah ini :
FB Page : https://www.facebook.com/Nurbeautyanggun/
IG : https://www.instagram.com/nurbeautyanggun/
Blog: http://www.nurbeautyanggun.com/
Untuk lihat pelbagai cerita dan informasi di blog ini klik SINI
#pic fr google
Buat dropship dulu pun okay :) Asalkan ada kesungguhan dan keinginan untuk timba ilmu dan ceri pengalaman. Good luck Akma! ;) Nad follow sini #535
ReplyDelete