06 October 2018

Kenali Buah Asam Gelugur Dan Khasiatnya

Buah asam gelugur yang juga lebih di kenali dengan asam keping sekarang ini merupakan antara bahan penting yang digunakan dalam pelbagai jenis masakan bagi menambah keenakan serta menimbulkan aroma masakan. Buah asam gelugur ini penting untuk di tambah sebagai perasa masakan bagi menerbitkan rasa masam dalam masakan.

Buah Asam Gelugur
Buah Asam Gelugur

Apabila bergaul dan bercampur  dengan perencah masakan lain akan mewujudkan imbangan rasa yang sedap dan lazat. Ia biasa digunakan dalam masakan seperti asam pedas, kari tomyam, laksa dan pelbagai masakan Melayu selain bertujuan menghilangkan rasa hanyir ikan dalam sesuatu masakan.

Buah asam gelugur ini bulat seakan-akan buah manggis tetapi mempunyai bentuk seperti berulas-ulas pada luarannya. Pokoknya pula tinggi dan besar serta rimbun sayup mata memandang. Pokok ini ada yang memang ditanam atau ada juga yang hidup liar.



Buah asam keping bertukar kepada warna kuning, menandakan ia sudah cukup tua dan bakal gugur. Namun begitu ada juga buah yang sudah tua tetapi masih kehijau-hijauan turut gugur. Lebih mudah mengaitnya terus dari menunggu ia gugur sendiri. 

Nama saintifik asam gelugur a.k.a asam keping ini adalah arcinia cambogia'dan ia adalah pokok hutan yang dipercayai berasal dari India. Asam gelugur ini perlu di proses terlebih dahulu untuk di jadikan asam keping iaitu dengan cara menghiris nipis buahnya dan di jemur sehingga kering. tulah sebab namanya di gelar asam keping. 

Kenali Buah Asam Gelugur Dan Khasiatnya


Jangan tak tahu, asam gelugur ini selain di gunakan dalam masakan, ia juga mempunyai banyak khasiat dan manafaat. Biasa di gunakan oleh orang-orang dahulu dalam perubatan tradisonal. Antara khasiat air rebusan asam gelugur @ asam keping :

-  Mempercepatkan proses mengecutkan rahim bagi wanita berpantang 

- Membantu menurunkan berat badan kerana asid hydroxcitric dalam asam gelugur membantu mengawal nafsu makan

- Membantu merawat sisitem pencernaan

- Merawat masaalah cacing dan parasit

- Mengatasi cirit-birit berdarah

- Menurunkan tekanan darah tinggi

Selain itu, air rebusan akar asam gelugur boleh di gunakan untuk merawat sakit telinga. Daunnya sedap di buat ulam dan di masak gulai lemak bersama ikan sungai. Buahnya yang segar juga boleh di letak dalam masakan. Lagi sedap dan lazat rasa masakan ini.

Di kampung opah aku dulu, belakang rumah ada 2 pokok asam gelugur ni. Bila musim buah ini banyak, keliling rumah penuh tempat jemuran asam keping ni. Masa tu, tak pernah membeli asam keping ni. Siap jual pada peraih yang datang ke rumah lagi. Itu cerita ulu-dulu, sekarang tinggal  kat bandaraya kena lah membeli di kedai.

Nak baca tips dan informasi di blog ini....  klik SINI

p/s: Ada satu video yg viral orang jemur asam keping atas jalan raya. Ada pula anjing lalu lalang dan kencing atas jalan tu.... aduhhhh loya di buatnya!!

#pic fr google

1 comment:

  1. Kami kat kampung memang buat sendiri asam keping. Hiris dan jemur atas talam 😁

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...