Nak abadikan kenangan semalam bersama kawan-kawan meraikan majlis perkahwinan Akmal dan Eyra, anak seorang kawan, teman sekelas masa sekolah dulu dan juga teman sekampung di kampung halaman di Perak nun. Majlis perkahwinan Akmal dan Eyra yang meriah, bagaikan sebuah reunion yang menyeronokkan.
Jumpa Kawan-kawan Di Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra |
Kalau tak di abadikan dan di simpan gambar-gambar pertemuan ini, alamat hilanglah nanti tanpa di kesan apabila telefon rosak atau apabila nak padamkan semua bahan yang dah penuh dalam telefon bimbit ini. Jadi, sebelum semuanya terjadi, kita tampal dan letak di sini. Insya'allah selagi blog aku ini wujud di alam maya, gambar-gambar ini dapat di kenang sampai bila-bila.
Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra
Ramai sungguh kawan-kawan yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak kepada Puan Sharifah binti Mohd Musthaba dan En. Bujang @ Bolhi bin Haji Hassan. Pasangan pengantin yang sangat comel dan saling melengkapi. Semoga berbahagia dan berumahtangga kekal abadi hingga ke Jannah.
Seronoknya, ia bagaikan sebuah tempat pertemuan temam-teman lama ataupun di panggil reunion. Apatah lagi ramai pula orang kampung yang di kenali sudah lama tinggal di lembah kelang dan dari kampung hadir sekali. Al kisahnya terasa tak macam di Kuala Lumpur pula. Lebih ramai orang Perak pula di majlis tu. Sedangkan ini di Ampang, Kuala Lumpur ni... hehe!
Lebih-lebih lagi ada perlawanan akhir bolasepak antara Perak dengan Terengganu pada malamnya. Agaknya itu lah pasal ramai diorang berkumpul. Nak terus pergi ke stadium tengok perlawanan bolasepak selepas kenduri kata di orang. Sambil menyelam minum air. Sambil makan kenduri tengok bola. Jangan karam dek banjir sudah.
Bersama Kawan-kawan Di Majlis Perkahwinan Akmal Dan Eyra |
Dah menceceh kelain pula ayat aku ni. Alhamdulillah aku dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Aku sangat-sangat berterimakasih dan terhutang budi pada teman baik Azah Eno dan suami kerana sudi tumpangkan aku. Kalau tidak, tak dapatlah aku datang. En. suami aku ni mempunyai kesibukannya yang tersendiri. payah nak di ajak kemana-mana.
Rasa tak nak balik apabila masa berlalu tapi apakan daya. Kalau boleh nak jadi yang terakhir sekali balik dari majlis kenduri. Tapi kenalah teruskan perjalanan, banyak lagi perkara nak di kesahkan. Inilah secebis kisah dari banyak kenangan indah menghampiri usia emas bersama kawan-kawan yang menyeronokkan.
Nak baca pelbagai cerita di blog ini... klik SINI
p/s: Harap dapat bertemu dengan kawan-kawan di lain masa dan mencipta momen indah lagi....
No comments:
Post a Comment