Apabila ada jemputan majlis perkahwinan, mulalah memikirkan pakaian untuk di pakai ke majlis itu. Mestilah kita nak nampak cantik dan menyerlah di majlis tu. Fatemah Kurung Riau ini memang sesuai untuk di pakai kemana-mana saja majlis terutamanya majlis perkahwinan. Terserlah gaya tradisional pada baju ini. Apatah lagi Fatemah Kurung Riau ini sesuai di pakai oleh seluruh peringkat umur dan juga pelbagai saiz badan.
Fatemah Kurung Riau, Cukup Cantik Untuk Ke Majlis Perkahwinan |
Tak adalah nak pemakaian yang keterlaluan glamournya sampai menenggelamkan pengantin pula. Yang penting, sedap mata memandang dan ada sedikit keanggunan di situ apabila di lihat tuan rumah dan tetamu. Baju ini sangat tradisional tapi ia tak lapuk dek zaman. Selepas puas di pakai ke majlis perkahwinan, boleh di pakai pula ke tempat-tempat kerja.
Baju ini memang sangat menepati syariah kerana ia berpotongan longgar. Dulu-dulu pakaian ini biasanya di pakai oleh kerabat di raja dan para bangsawan istana. Zaman kini telah di pakai meluas oleh kalangan orang biasa. Cantik, manis dan ayu sekali apabila di sarungkan ke tubuh baju kurung riau ini.
Kurung riau berpotongan hampir sama dengan kurung pahang. Cuma hanya ada sedikit perbezaan pada pesak baju. Tapi sekali imbas tak ada perbezaannya pun. Nampak serupa saja. Apapun tak perlu di kisahkan perbezaan itu yang hanya di ketahui oleh tukang jahit. Baju kurung ini sungguh cantik kembang di bawah. Anggun terletak cantik sahaja apabila memakainya.
Tak kira pada yang berbadan kecil dan besar, dapat pula menutup efek besar dan menampilkan tubuh badan lebih ramping dan kurus. Untuk yang kurus, tak adalah menunjukkan badan terlalu kurus dek potongan kembangnya tu. Di buat pula dari material yang tahan lasak dan cantik serta mudah untuk di gosok. Gosok sekali, boleh pakai berkali-kali masih licin dan rata tanpa kedut.
Harga pula adalah sangat berpatutan. Sampai terbeliak biji mata melihat harganya tak sampai pun ratus pun. Murah sangat-sangat tu. Mana nak dapat lagi baju yang cantik dan anggun jelita ini dengan harga yang mampu milik dan mampu beli. Ada 10 pilihan warna yang cantik untuk di pilih. Kos pengeposan kami tanggung. Apa tunggu lagi......
Fatemah Kurung Riau, Cukup Cantik Untuk Ke Majlis Perkahwinan
- Zip BF 11 inci
- Tangan lepas
- Getah pinggang Keliling
- Kain lipat batik
- Saiz XS hingga 5 XL
Harga : RM80sm/ RM85ss
*Free pos.
Berminat?
Whassap.. 017-3215261
Berminat?
Whassap.. 017-3215261
Jika ingin membuat dan melihat pilihan pelbagai jenis pakaian, boleh lihat di website/blog nurbeautyanggun.com. Banyak jenis dan stok pakaian terkini ada di situ. Boleh pilih dan beli denga harga yang sangat berpatutan. Jangan risau, pihak nurbeautyanggun adalah trusted seller tau.
Nak ketahui pelbagai informasi di blog ini klik SINI
p/s: Ini adalah review spontan sahaja.... hahaha!
No comments:
Post a Comment