Ramai yang berminat untuk menanam pokok bunga dan pokok sayur di halaman rumah. Tapi tempat adalah menjadi masaalahnya. Kawasan halaman rumah terhad dan sekangkang kera sahaja. Hari ini aku jumpa cara buat pasu bertingkat-tingkat dengan Paip PVC. Menggunakan cara ini iaitu cara buat pasu bertingkat-tingkat dengan Paip PVC ini mengoptimumkan tanaman di kawasan yang terhad. Bagusnya.
Cara Buat Pasu Bunga Bertingkat-tingkat Dengan Paip PVC |
Kreatif si pembuat pasu pvc ini. Aku biasanya berfikir, tak mungkin boleh buat sendiri bentuk koyakan pad pvc ini do rumah. Mesti di buat di kilang atau ada mesin membuatnya, Rupanya boleh di buat di rumah atas dapur gas untuk mendapatkan lubang-lubang pasu pada pvc tu. Tak terfikir dek akal aku kiranya.
Selepas ini pada peminat tanaman, tiada halangan lagi untuk menanam sebanyak yang boleh. Bahagian tapak di bawah paip pvc tu, boleh di tanam atas tanah, dalam pasu ataupun buat tapak menggunakan simen. Jangan lupa apabila buat tapak itu, lubangkan untuk pengaliran air siraman. Lebih mudah tanam dalam pasu atau buat tapak, senang nak pindah-pindahkan.
Cara Buat Pasu Bunga Bertingkat-tingkat Dengan Paip PVC
Bahan-bahan:
Sebatang paip pvc
Tanah - samada tanah hitam atau cocopet
Benih pokok
Cara-cara:
Paip pvc tu ikutlah berapa ukuran tinggi yang di kehendaki. Tapi seeloknya paling tinggi dalam setinggi dada orang dewasa. Nanti kalau tinggi sangat, kena pakai kerusi dan tangga pula.... hahaha!
Ukur dan potong sedikit bahagian-bahagian pvc berselang-seli untuk di buat muka pasu pada paip pvc. Panaskan bahagian-bahagian yang di potong tu di atas dapur dengan api sederhana hingga lembut dan kemekkan hanya menggunakan senduk ke dalam bahagian tu.
Buat ulangan kesemua dan keseluruhan bahagian yang di potong hingga habis. Bila dah selesai, dirikan batang pvc, Buatlah tapak kepada pasu bertingkat pvc ini. Samada tanam atas tanah, tanam dalam pasu atau buat tapak simen.
Seterusnya isikan tanah hitam atau cocopet untuk di tanam pokok bunga atau pokok sayur. Pokok sayur sesuai di tanam dengan cocopet atau habuk sabut. Kalau campuran kedua-dua bahan tanaman ini pun boleh.
Bolehlah cuba nanti di kawasan rumah baru nanti. Seronok dapat idea menanam yang bagus. Tak ada sebab lagi untuk mengatakan tiada tempat yang luas untuk menanam pokok bunga dan pokok sayuran.
Nak lebih informasi lagi di blog ini.... klik SINI
p/s: Terima kasih pada warga FB yang berkongsi perkara yang sangat bermanafaat ini. Aku kongsikan untuk tatapan pembaca dan perancangan aku di masa depan
#idea dan pic fr FB Zubaidah Eda
Wahhh kreatif kan.. nampak cantik dan unik.
ReplyDeleteMenarik.
ReplyDeleteSave space, kan.
And nampak sgt kemas.
Kreatif betul si pencipta nie, memang jimat space terutama yang tinggal di flat atau apartment tapi berminat nak tanam-tanam...
ReplyDelete