20 October 2018

Bingkai Cermin Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Wajah

Cermin mata adalah keperluan pada orang yang rabun atau yang mempunyai masaalah mata. Selain itu ia juga mempunyai impak sebagai satu aksesori yang sesuai di gayakan dengan berbagai bentuk rupa. Maksudnya bingkai cermin mata perlulah sesuai dengan bentuk dan raut wajah seseorang. Hanya dengan bingkai cermin mata boleh menjadikan wajah lebih menarik atau hodoh. 

Bingkai Cermin Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Wajah

Jadi, kenalah memilih dan membuat pilihan yang tepat. Apa yang penting adalah mengetahui bentuk bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk dan rupa kita. Barulah penampilan kita akan menyerlah rupa dan gaya tersendiri. Pemilihan bingkai kaca mata yang betul dan berpadanan atau seimbang dengan bentuk wajah anda haruslah diambil kira jikalau ingin  kelihatan cantik dan bergaya sentiasa



Kita sebagai manusia dilahirkan dengan pelbagai bentuk muka. Kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan, rabun jauh dan dekat sehingga memerlukan anda untuk memakai cermin mata, ada beberapa tips bagaimana caranya untuk memilih bingkai cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka.

Bingkai Cermin Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Wajah


- Mereka yang mempunyai bentuk wajah panjang mempunyai rahang yang kecil, dahi yang agak kecil dan dagu sederhana. Bentuk muka begini tidak begitu menyerlah, namun dengan bingkai yang agal lebar besar dan agak bulat akan menyerlahkan wajah. Elaik bingkai sempit dan terlalu kecil.

- Muka yang bersegi memunyai rahang yang lebar dan jelas. Dahi pula agak luas, tulang pipi lebar dan dagu tidak panjang. pemilik bentuk muka ini perlu elak bingkai cermin mata yang bersegi dan petak untuk muka tidak nampak terlalu keras dan bersegi. Cermin mata sederhana besar dan mempunyai bucu yang melengkuk adalah terbaik.

- Muka oval atau bujur sirih mempunyai bentuk muka yang seimbang. Pemilik bentuk muka ini di anggap bertuah kerana buka saja boleh menggayakan pelbagai jenis rambut tapi cermin mata juga. Ini kerana muka yang seimbang iaitu tidak terlalu bersegi, tidak terlalu panjang atau bulat. Sesuai menggayakan semua bentuk dan jenis bingkai.

- Wajah berbentuk bulat mempunyai dahi agak luas, rahang yang bulat dan dagu yang tidak jelas. Pemilik bentuk muka ini perlu lebih berhati-hati kerana tidak banyak bingkai yang sesuai dengannya. Elak bingkai bulat atau bucu bentuk lembut seperti jenis yang klasik. Pilih yang bentuk bersegi dan tidak terlalu kecil untuk memberi sedikit bentuk yang lebih jelas pada wajah.

Selain itu warna juga memainkan peranan pada bingkai. Hitam sesuai untuk kemana sahaja, terutamanya ke pejabat, sekola dan majlis rasmi. Untuk pelaburan dan tahan lama, elak membeli warna yang menonjol dan menjengkelkan. Untuk yang nak lari dari warna hitam, boleh pilih warna coklat atau biru gelap. 

Cermin mata bagaikan satu keperluan sebab ramai yang mempunyai masaalah rabun kerana terlampau aktif dengan gadjet. Kalau rabun boleh pakai cermin mata tapi apabila hilang terus penglihatan ada cermin mata pun tidak berguna. Jagalah pancaidera penglihatan ini dengan sebaik-baiknya.

Nak dapat pelbagai tips dan informasi... klik SINI

p/s: Risau dengan anak-anak sekarang, muda-muda lagi dah rabun akibat terlampau menggunakan gadjet... hurm!

#pic fr google

2 comments:

  1. aida bercermin mata since darjah 6.
    kak Nurin & Syuhada da pun bercermin mata.
    bab pattern speck ni, hi hi hi kekadang belasah aje.
    tgk harga hi hi hi...
    then, baru tgk bentuk nyer.
    tukar-tukar ikut trend jugak la.

    ReplyDelete
  2. saya pun bercermin mata. Masa nak pilih, memang very picky..sebab nak betul2 puas hati on bingkai sebab kita akan pakai hari-hari. Dan ianya sebahagian daripada penampilan. Thank you for sharing.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...