Yang mana lebih di sukai, pembersih muka berbentuk cecair atau yang bentuk padat berbuku itu? Yang cecair harganya lebih mahal dari yang berbuku. Selain itu yang berbentuk buku pula lebih tahan lama dari yang berbentuk cecair sekiranya betul cara dan tips penjagaan sabun pembersih muka itu. Nak berjimat kena beli yang berbentuk sabun buku lah. Jadi, Ikuti cara dan tips penjagaan sabun pembersih muka berjenama ini.....!
Tips Penjagaan Sabun Pembersih Muka Berjenama |
Pernah tak beli sabun pakai tak sampai seminggu dah lembik. Nak pegang pun sudah tak mampu. sebab dah cair dengan teruk Terpaksa campak dan buang dalam tong sampah. Beli sebiji kepalang mahal pula tu sebab sabun berjenama lah katakan. Pembaziran sudah berlaku di situ... ruginya!
Sabun pun sebenarnya perlu ada cara penjagaan dan pengendaliannya. Ini kerana untuk memastikan sabun tak lembik, rosak dan menjadikan sabun tahan lama untuk di gunakan. Selain itu untuk memastikan sabun tidak kehilangan nutrisi yang terkandung di dalamnya dan tidak di jangkiti bakteria yang mematikan khasiatnya.
Tips Penjagaan Sabun Pembersih Muka Berjenama
Sila tengok tempat sabun yang biasa di jual dan di gunakan, mesti ada lubang dan ada ‘longkang’ supaya sabun kita tak terendam dalam air. Supaya lebihan air mandi turun dari sabun kita. Sabun sememangnya tak boleh terlebih lembap. Jadi carilah tempat letak dan bekas sabun yang sesuai.
Letakkan sabun di tempat yang jauh dari terkena air. Bila mandi percikan-percikan tak terus terkena sabun. Jika tidak, Selalu lah buang air dalam bekas sabun yang tak ada lubang. Jangan dibiarkan air penuh di situ. Ia boleh melembikkan sabun dan seterusnya membiakkan bekteria.
Jangan letakkan sabun dekat dengan cahaya. Ini akan memungkinkan sabun kita ‘mati nutrisi’ , kering kontang, hilang warna dan baunya akibat dari terdedah kepada cahaya matahari. Apa pun barang yang kena terus padac ahaya matahari akan rosak. Jadi, simpan jauh sikit dari tingkap bilik air.
Lagi satu kalau nak melancong ada yang suka letak sabun dalam bekas bertutup. Bila bertutup, sabun tu akan berkuap dan menyebabkan sabun kita lembut. Bila lembut cepat habis. Jadi , kalau letak dalam bekas tebuk sikit bagi ‘dia bernafas’. Tak pun bila dah sampai hotel buka penutupnya. Sabun juga perlukan pengudaraan.
Sayangkan, dah beli sabun pembersih mahal tapi rrosak kerana kecuaian tak menjaga sabun dengan baik. Sabun mandi yang biasa sekarang ini pun dah jauh mahal dari dulu. Jadi, apa-apa jenis sabun pun perlu di jaga agar boleh di gunakan secara maksimum dan tidak membazir. Terima kasih teman FB kerana tips yang berguna ini.
Nak tahu pelbagai tips dan informasi di blog ini klik SINI yer!
p/s: Salah satu cara yang biasa aku buat dengan sabun pembersih muka ni, potong beberapa bahagian dan gunakan sebahagian kecil sahaja pada satu-satu masa. Kalau rosak atau tercampak dalam tandas, masih ada lagi bakinya... hehe!
Selalu juga buat yang potong kcik2 tu sebelum guna hihi.. Skrg guna yg xecair jek, senang nak handle..
ReplyDeletenow aida guna yg bukan sabun buku.
ReplyDeletepernah guna. for few months.
aida akan potong empat tau. jimat! ha ha ha ha ha...