30 September 2018

Tips Mengajar Anak Kecil Menggunakan Tandas

Adalah satu cabaran apabila mula mengajar anak kecil menggunakan tandas dan seterusnya tidak menggunakan lampin lagi untuk membuang air besar ataupun kecil. Tapi apabila berjaya mengajar anak kecil menggunakan tandas, terasa sungguh kebahagiaannya. Manakan tidak, boleh jimat banyak perbelanjaan bila tidak lagi perlu membeli lampin pakai buang... huhu!

Tips Mengajar Anak Kecil Menggunakan Tandas
Tips Mengajar Anak Kecil Menggunakan Tandas

Apabila anak-anak sudah mula memahami percakapan arahan. waktu itulah di mulai dengan memberitahu tentang kencing, berak dan tandas. Seterusnya mula mengajarnya fungsi tandas itu. Boleh di ajar sewaktu memandikan dan membasuh najis dia di tandas. Bila kita nak masuk tandas, terangkan apa yang kita buat di tandas. Tunjukkan dengan gaya percakapan yang mudah di fahami dan dengan lemah lembut.

Lama kelamaan baru bermula dengan mengajar dia membuang air kecil sewaktu mandi. Seterusnya mengajar dia membuang air besar pula di tandas.  Seterusnya di mulai 'toilet training' yang sebenar.  Iaitu tanpa memakai lampin pakai buang. Waktu permulaan kena sentiasa berjaga-jaga iaitu hantar ke toilet setiap 15 minit sekali. 



Biasalah di waktu ini ada sesekali anak-anak kecil yang terlepas juga. Jadi pastikan anak-anak berada di suatu tempat yang senang di di bersihkan. Biasanya dalam 2 -3 hari ke seminggu, anak-anak kecil dah bebas dari memakai lampin pakai buang kecuali di waktu mereka tidur malam. Di sini ada sedikit tips untuk anak kecil bangun tidur dan buang air kecil di waktu malam.

Tips Mengajar Anak Kecil Menggunakan Tandas


- Terangkan kepada anak kecil kepentingan bangun malam untuk ke tandas dengan bijak dan bahasa yanf lembut.

- Pastikan anak kecil buang air kecil sebelum mereka tidur.

- Perlu adakan kepeluan anak kecil ke tandas. Seperti, pastikan lampu tidur di buka di bilik tidur supaya anak kecil tidak takut ke tandas.

- Pastikan bangunkan mereka selang beberapa jam untuk membuang air kecil. Jadikan ia rutin sehingga mereka boleh mengawal sendiri.

- Untuk anak yang lebih besar, ajar secara praktikal apa anak perlu buat jika mahu buang air kecil di tengah malam. Mungkin anda perlu membawanya ke tandas atau dia pergi sendiri.

- Ceritakan pengalaman hebat diri anda ketika kecil dan buat anak rasa dia mahu jadi seperti anda dan umpamakan anak sebagai hero jika dia berjaya melepasi untuk tidak terkucil di tilam.

- Apa salahnya memberi ganjaran iaitu barang kesukaannya apabila dia berjaya mendisplinkan diri untuk tidak membasahai tilam lagi.

Cabaran mengajar anak memahami dan seterusnya menggunakan tandas adalah antaran yang terindah sewaktu melihat anak-anak membesar. Kini, anak-anak aku pun dah besar. Tunggu suatu hari nanti nak lihat anak-anak pula membina keluarga dan melalui kitaran ini pula. 

Nak informasi dan tips berguna.... klik SINI

p/s: Seiring dengan tumbesaran anak-anak itu, akhirnya anak kecil dapat menguruskan sendiri diri mereka. Ikut ibubapa lah samada cepat atau lambat untuk mengajar mereka.

3 comments:

  1. Menguji kesabaran juga nak potty train anak ni..

    ReplyDelete
  2. Yang penting mak nye kena sabar.. Haha

    ReplyDelete
  3. kakak-kakak dulu kala, mudah aida nak train.
    tapi Izzat, ada manja terlebih. payah! ha ha ha ah ha...
    tapi tu la. sib baik la kesabaran si Ibu ni di tahap maksima.
    alhamdulillah.
    now dah perfect.
    no more ter ter ter dah.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...