Satu lagi masakan lemak cili api orang kampung yang sedap di tekak. Sayur keladi masak lemak cili api yang sedap dan sesuai selera kampung gitu. Orang kampung dan berasal dari kampung mesti suka gulai sayur keladi masak lemak cili api ini. Memang sedap dan sentiasa membuka selera.
Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Dan Sesuai Selera Kampung |
Sayur keladi di kampung-kampung biasa dan senang di temui. Keladi biasanya tumbuh liar di kawasan yang agak berair seperti di sawah bendang, tali air ataupun di tepi-tepi kolam dan sungai. Tapi sekarang dah ada yang menanamnya di kebun. Sayur yang sedap dan di sukai ramai orang lah katakan.
Perkara yang paling mengusik jiwa aku tentang sayur keladi ni adalah bila masak sayur keladi mesti teringat pasal cerita filem lama iaitu bawang puti dan bawang merah. Kisah bawang putih bagi makan ibunya yang dah jadi ikan di dalam telaga "nasi malukut sayur keladi untuk bondaku si ikan kaloi".... huhu!
Cara masak biasa sahaja macam masak lemak cili api yang biasa tu. Cuma ada kalanya sayur keladi ada gatal atau pun ada orang tak boleh makan sayur keladi sebab gatal tekak katanya. Alhamdulillah, sejak aku masak sayur keladi apa pun tak ada yang mengadu gatal tekak dengan masakan keladi aku.
Ada petua yang perlu di turuti cara mengendalikan sayur keladi. Nak petua nya boleh klik Petua Memasak Keladi Dan Menghilangkan Gatal Batang Keladi . Tak susah pun. Hanya rebus dan bilas sayur keladi yang sudah di siang atau sudah di potong-potong. Masukkan keladi apabila kuah hampir masak. Itu saja.
Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Dan Sesuai Selera Kampung
Bahan-bahan:
2 ikat keladi (secekak)
2 cawan santan pekat
1 genggam ikan bilis
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Keladi di kupas kulit luarnya dan di potong-potong. Bersihkan keladi dan di rebus hingga empuk isinya. Buangkan airnya dan bilas kembali. Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan ikan bilis. Serai dan daun kunyit di titik hujungnya
Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai yang di titik. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan itu semua sekali.
Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah mendidih, masukkan keladi yang telah di rebus. Masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air.
Letak garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. Bila rasa bahan sudah masak dan bergaul sebati, bolehlah di angkat. Bolelah di hidangkan untuk lauk tengahari.
Sudah pastinya terangkat dan lazat. Apatah lagi di iringi dengan ulam petai. Di tambah lagi dengan ikan sepat masin goreng dan sambal belacan pula. Makan ta beringat sampai 2 -3 pinggan. Terbabas diet yang dah di set hingga tercampak ke laut.... keh keh keh!
Nak dapatkan pelbagai resepi masakan kampung di blog ni... klik SINI
p/s: Kalau sesiapa tak makan pedas, sila kurangkan jumlah cili api untuk di tumbuk tu. Sedap hingga menjilat jari... !
Wahhh....sodap.. Lamo bona ghaso ea tak makan sayur keladi masak lomak cili padi ni... Errrmmmm...balik kampung nak minta ibu masak la nampak ea... Hehe..
ReplyDeleteSuka.
ReplyDeleteNak2 kalau letak siput sedut
terus terang, akma, aida x pandai masak keladi.
ReplyDeletetried before, tak jadik!
tak brani nak try lagi.
keladi ni kalau tak bebetul, gatal!!!
tapi kalu jumpa lauk ni, wajib merasa la.
da sendiri tak pandai buat kan hi hi hi...