25 September 2018

Resepi Ayam Goreng Sambal Cili Yang Simple Sangat.....

Hari ni nak kongsi resepi yang simple dan senang sangat. Resepi ayam goreng sambal cili je.  Yang pasti rasa ayam goreng sambal cili ini pasti  menakjubkan dan terangkat habis. Resepi masakan berasaskan ayam biasanya akan menjadi pilihan ramai sebab lauk ayam memang menjadi kegemaran semua golongan, lebih-lebih lagi kanak-kanak. 

Resepi Ayam Goreng Sambal Cili Yang Simple Sangat.....
Resepi Ayam Goreng Sambal Cili Yang Simple Sangat..... 

Asyik ayam goreng saja. Kali ni apa kata buat yang bersambal pula. Ala... sambal cili biasa saja. Cuma di masak dengan sedikit cara yang lebih bijak dan beberapa tips yang memungkinkan kesedapannya terasa menusuk hingga ke tulang rusuk tau... huhu!



Biasanya selain masak rendang, ayam mesti di goreng begitu saja atau di buat ayam masak merah. Walaupun masakan ini hampir sama dengan ayam masak merah sebab warnanya tapi ia tidak sama langsung. ia lebih kepada masak sambal tumis. Tapi resepinnya lebih ringkas dan simple

Resepi Ayam Goreng Sambal Cili Yang Simple Sangat..... 


Bahan-bahan:

6 ketul ayam
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 sudu besar cili kisar 
1 sudu kecil pes asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Ayam di bersihkan dan di lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam sehinggga masak dan garing. Ketepikan di dalam pinggan hidangan

Bawang merah dan bawang putih di cincang halus. Tumis bawang putih sehingga hampir garing. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air bersama pes asam jawa. 

Renihkan bahan di dalam kuali dengan api kecil sehingga berwarna merah pekat. Seterusnya masukkan hanya sedikit lagi air dan kacau. Tunggu sampai mendidih dan pecah minyak sekali lagi.

Selepas tu, bolehlah di tuang ke atas ayam goreng untuk di hidangkan. 

Ini cara masakan yang biasa aku buat iaitu masak betul-betul cili berulangkali. Barulah tahap kepedasan menurun dan meninggalkan rasa kesedapan yang benar-benar sedap dan mengujakan. Barulah rasa sambal ini lebih terangkat. 

Nak cari pilihan resepi yang pelbagai... klik SINI

p/s: Ayam goreng sambal sangat di gemari anak-anak. Buat tiap hari pun tak apa... huh!


2 comments:

  1. terima kasih kongsi resepi. anak2 memang suka sambal cenggini ^_^

    ReplyDelete
  2. Memang best makan ayam sambal. Simple jer

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...