Hampir tiap hari dan seringkali ada saja orang Inggeris yang pastinya tak di kenali dan mencurigakan ingin menjadi kawan facebook aku ni. Masa di awal aku membuka facebook dulu aku terima saja sesiapa yang ingin berkawan. mana tau itu jerat scammer di facebook. Bila dah di teriam sebagai kawan Facebook, mulalah si jerat scammer ini menegur aku di laman chatting facebook.
Hati-hati Dengan Jerat Scammer Di Facebook |
Ayatnya memang nak menggoda sangat. Bila di beritahu sudah berkahwin dan berkeluarga tak di hiraukan. Menyampah aku dengan ayat-ayatnya tu. Akhirnya aku sekat atau block dia dari Facebook aku. Ada juga lelaki Melayu yang berada di luar negara aku terima sebagai kawan di facebook. Eh, dia pun nak mengayat juga. In english pula tu. Kalau orang Melayu takkan sepatah pun tak pandai bahasa Melayu.
Satu taktik jerat scammer jugalah tu. Sejak itu, baik lelaki atau perempuan yang mencurigakan seperti baru buat facebook dan berada di lur negara memang aku tak terima jadi kawan facebook dah. Kalau orang itu gambar lelaki Inggeris dari luar negara, sekejapan itu aku block siap-siap. Padan muka diorang.
Kadang-kadang ada kalanya macam serangan facebook jadinya. Sampai dekat 10 orang Inggeris nak jadi facebook setiap hari. Bertubi-tubilah aku block diorang. Sekali sekala ada pula orang melayu diorang letak juga tapi tinggal di luar negara. Paling kelakar letak gambar orang yang aku kenal tapi nama sudah lain.... hahaha!
Sekarang ni, ada berderet orang yang nak berkawan di facebook aku belum terima. Bukan tak sudi, tapi kena tapis dulu. Kalau ramai dari kawan facebook orang tu adalah kawan facebook aku juga, mestilah aku terima dengan senang hati. Macam-macam hal orang di facebook ni sekarang. Jadi kena berhati-hati terima orang jadi kawan facebook.
Hati-hati Dengan Jerat Scammer Di Facebook
Aku memang tak suka bersembang dan chatting di facebook. Lebih suka chatting di whatssap sahaja. Kecuali berkenaan hal berniaga dan blog saja. Itu pun lebih banyak berhubungan di whatssap dari di FB. Jadi, bila scammer tu nak cuba bersembang dengan aku di facebook, memang tak di layan dan tak di pedulikan. Ada aku kesah... huh!
Sesiapa yang boleh terkena dengan jerat scammer di Facebook sekarang ni mungkin yang tak bersosial kot. Dah banyak heboh di mana-mana media sosial tentang hal ini, masih lagi scammer ini dapat mangsa. Itu sebab diorang masih rajin cuba berkawan dengan ramai orang di facebook. Silap pilih oranglah kalau dengan aku.. hehe!
Kuota kawan facebook aku pun dah nak penuh. Mesti nak cari kawan-kawan yang ada kualiti. Yang memberi impak positif pada aku dan kerjaya aku sebagai blogger dan peniaga online. Bila dah penuh nanti, aku nak tolak facebook yang tak aktif. Contohnya yang dah bertahun bersawang tak di update oleh yang empunya.
Facebook yang bersawang ini, kemungkinan besar dah tak di gunakan oleh mereka. Antara sebabnya adalah dah lupa password. Selepas tu buat facebook yang lain. Selain itu mungkin dah tak aktif dengan facebook. Lebih aktif di laman sosial lain pula macam Instagram dan twitter. Siapa tahu?
Oklah membebel setakat ini... Nak baca cerita informasi di blog aku, klik SINI
p/s: Oklah, Ada lagi yang nak kena block ni... Yg sudah di block hari ini Bill Gate Junior dan yang tunggu di block pula James Abraham, Woody Allein.... huh!
No comments:
Post a Comment