22 September 2018

Gulai Taucu Ikan Kembung Dengan Cili Hijau Penyedap Rasa Membuka Selera

Gulai taucu ikan kembung dengan cili hijau adalah salah satu juadah yang sering aku sajikan di rumah. Ia juga telah menjadi kegemaran seisi keluarga. Bila hampir setiap hari dengan juadah yang pedas meeletup, sesekali ada harinya di sajikan pula dengan gulai taucu ikan kembung dengan cili hijau yang tahap kepedasannya hampir zero @ tak pedas langsung.

Gulai Taucu Ikan Kembung Dengan Cili Hijau Penyedap Rasa
Gulai Taucu Ikan Kembung Dengan Cili Hijau Penyedap Rasa 

Apapun gulai taucu ini mestilah ada juga uadah iringan yang pedas seperti sambal belacan. Kalau tidak, tak ada kick lah tanpa rasa kepedasan. Hanya untuk pengetahuan am, taucu adalah bahan yang di perbuat dari kacang soya yang di peram dengan garam. Ia juga adalah satu proses sebelum menjadi kicap. Itu sebab kilang kicap mesti juga menjadi pengeluar taucu. 

Bukan semua orang menggemari gulai taucu. Ada yang tak tahu dan tak pernah merasa gulai taucu ni. Macam terjadi di hostel pengajian anak dulu. Ada yang marah-marah apabila dewan makan menyajikan gulai ni. Sampai repot pada orang atasan. Kata mereka, lauk ini pelik dan rasa sabun. Anak aku kata lauk ni  macam biasa sahaja. 



Kemungkinan besar diorang tak pernah terdedah dengan bahan masakan taucu ini. Kebiasaannya pun taucu lebih di gunakan oleh orang utara Malaysia. Orang pantai timur dan selatan jarang dan kemungkinan tak ada yang mengetahui tentang taucu ini. Cuma sekarang bila duduk di tempat yang penduduk dari pelbagai negeri, ramai yang dah tahu.

Gulai Taucu Ikan Kembung Dengan Cili Hijau Penyedap Rasa Membuka Selera


Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung
10 biji cili hijau
1 biji tomato
1 paket taucu
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh pes asam jawa
Air secukupnya
Minyak Masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Bersihkan ikan dan potong dua jika suka, goreng dan ketepikan.  Cili  hijau di belah dua dan di buang bijinya. Tomato di potong di belah empat atau 6 bahagian. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus'

Tumis bawang, merah, bawang putih dan halia bersama 2 sudu besar minyak masak. Apabila naik bau, masukkan sepaket taucu atau kira-kira 2 sudu makan taucu. Masukkan juga cili hijau. 

Setelah itu, masukkan asam jawa. Masukkan juga air secukupnya. Biarkan mereneh mendidih hingga cili hijau menjadi layu dan bertukar warna. Persakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Setelah itu, masukkan ikan goreng dan tomato. Apabila miendidih lebih kurang sekali lagi, bolehlah di angkat. Sedap di makan panas-panas di waktu tengahari.

Apabila makan dengan anak-anak, berebut nakkan cili hijau tu. Makan pula dengan kuah  taucu penuh banjir satu pinggan bersama nasi. Lepas habis nasi, hirup kuah taucu, Sedap tak terkatakan rasa gulai taucu ni. 

Nak tengok resepi lain, klik SINI

p/s: Pada yang tak suka, tak tau saya nak kata apa... heh!

2 comments:

  1. Wah sedap ikan masak tauco ni...sy memang suka.

    ReplyDelete
  2. antara yg senang dimasak, sedap di makan.
    anak-anak aida suka hirup kuah.
    so, memang aida kalu buat, berkuah over! hi hi hi...
    cili hijau tu tambah sedap ekk. aida ada buh skit la cili padi.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...