Goreng cempedak sendiri lagi sedap dari yang di jual. Sudah semestinya sebab aku dah terkena. Ceritanya pasal en. suami beli goreng cempedak tepi jalan keras kematu kulit dia dan cempedaknya pun terasa busuk dan tak sedap. En. suami beli 10 ketul 8 ringgit iaitu dalam 80 sen seketul. Sudahlah mahal, terkena pula cempedak busuk dan kulit tepungnya keras dan tak sedap langsung. Goreng cempedak sendiri lagi sedap... Huhu!
Goreng Cempedak Sendiri Lagi Sedap |
Jadi, aku cakap pada en. suami belilah buah cempedak dan aku boleh goreng sendiri. Bukannya susah nak buat campuran tepung gorengan yang sedap. Yang keras kematu rasa nak tanggal gigi menggigitnya tu, kenapa? Sudahlah yang busuk kelat pun di jual juga. Tak beretika sungguh si penjual tu. Mendapatlah kata makian dan sumpah seranah dari kita orang.... Huh!
Seminggu lepas en.suami beli 2 biji cempedak yang taklah berapa cantik isinya. Namun begitu, isinya walaupun kecil tapi banyak. Lepaslah kempunan nak makan goreng cempedak selepas terkena dengan goreng cempedak kera kematu dan busuk tu. Resepinya ringkas saja buat kulit tepung gorengan cempedak ini. Orang yang tak pernah ke dapur pun boleh memasak dan menggorengnya.
Goreng Cempedak Sendiri Lagi Sedap Dari Yang Di Jual... Heh!
Bahan-bahan:
1 biji cempedak
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit kapur makan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Masukkan tepung gandum, tepung beras dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Masukkan juga garam secukup rasa. Gaulkan dan cairkan kapur makan dalam sedikit air.
Masukkan air bercampur kapur makan itu ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul rata dan sebati bersama air secukupnya. Jadikan ia sebuah adunan yang tak terlalu cair dan tak terlebih pekat. Cukup-cukup untuk membolehkan adunan tepung menyaluti isi cempedak.
Kopek isi cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung. Panaskan minyak ke dalam kuali. Goreng terendam cempedak kedalam minyak yang banyak. Bila ketulan isi cempedak telah menjadi garing iaitu kuning kecoklatan, bolehlah di angkat.
Bolehlah di hidangkan terus. Sedap goreng cempedak ini di makan panas-panas. Terasa sungguh kegaringan dan kerangupannya. Dan yang pasti, satu rumah harum bau cempedak goreng yang wangi menusuk hidung. Sedap bercrispy krup krap kulit tepungnya dan lembut bersari pula isi cempedaknya... Walla!
Puas hati dapat makan cempedak yang di goreng sendiri. Aku rasa si penjual goreng cempedak yang en. suami beli tu guna tepung beras semata. Itu pasal kerasnya kematu. Pada aku, untuk memasak, apatah lagi menjual mesti ada ilmu, hatta goreng cempedak sekali pun. Ini, main bedal saja... kan dah kena maki dan sumpah seranah yang dapat. Rezeki pun tak akan jadi berkat... Heh!
Nak tengok pelbagai resepi di blog ini... klik SINI
p/s: Mahal buah cempedak, kulit aku buat jeruk dan kemudian goreng jadikan sejenis lauk namanya mandai yang rangup di makan dengan nasi. Sedap rasa ikan masin goreng.
Mahal..sikit..kalau betul-betul sedap dan baik puas hati...tapi kalau sebaliknya menyedihkan hati..
ReplyDeletesetuju! lagipun bila kita sendiri yg masak, kita guna minyak baru. rasa goreng tu lagi sedap. hehehee
ReplyDeleteGureng sendiri lagi puas makan
ReplyDeleteSedapnya.. Tapi tak leh makan sebab angin...
ReplyDelete