04 September 2018

Cara Hilangkan Sakit Tekak Dan Batuk Dengan Berkesan

Cara Hilangkan Sakit Tekak Dan Batuk Dengan Berkesan | Aku paling takut dan tak suka apabila terkena sakit tekak. Biasanya mula berlaku pada awal pagi. Bagun tidur, tetiba tekak menjadi perit dan sangat sakit untuk menelan air liur sekalipun. Apatah lagi nak telan makanan dan minuman. Kadang-kadang sampai hilang suara sekejap. Mari kita lihat  cara hilangkan sakit tekak dan batuk  dengan berkesan.

Cara Hilangkan Sakit Tekak Dan Batuk Dengan Berkesan
Cara Hilangkan Sakit Tekak Dan Batuk Dengan Berkesan

Sakit tekak ini kebiasaanya di sertai sekali dengan selsema dan batuk berkahak selepas tu. Sakitnya bukan kepalang untuk mengeluarkan suara yang sudah jadi agak berlainan dari biasa. Sakit tekak terjadi dari bermacam-macam cara. Kemungkinan dari cuaca yang panas dan kurang minum air adalah antara sebabnya.

Selain itu mungkin juga terjadi di sebabkan alahan, jangkitan virus dan bakteria. Selain itu ada penyakit-penyakit lain yang mempunyai simptom yang serupa. Beberapa gejala berikut juga akan di alami apabila sakit tekak dan batu berkahak iaitu hidung, tersumbat, hidung berair, bersin, demam, kelenjar bengkak di leher, suara yang teruk, sakit badan, sakit kepala, masaalah menelan dan hilang selera makan.



Sebelum sakit tekak menimbulkan pelbagai penyakit yang tak di ingini dan berterusan, rawat sakit tekak dengan segera hanya di rumah.Terdapat pelbagai jenis cara merawat sakit tekak ini. Dapatkan rehat secukupnya untuk beri sistem imunisasi anda peluang untuk merawat dan melawan jangkitan. 

Cara Hilangkan Sakit Tekak Dan Batuk Dengan Berkesan


Kumur Dengan Air Garam
Air membantu meredakan bengkak dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Cara ini secara tidak langsung mampu menghilangkan sakit tekak dan batuk. Hanya perlu mengambil segelas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari. Petua bagi menghilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang.

Minum Air Putih
Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masaalah kesihatan termasuklah sakit tekak dan batuk. Salah satu cara dan ubat semula jadi dan murah serta boleh di dapati di mana sahaja untuk menghilangkan sakit tekak adalah banyak minum air putih dan airi mineral. Air akan membantu mencairkan kahak dalam tekak serta membuat mukosaatau dinding saluran tekak sentiasa lembap.

Minum Minuman Suam
Minuman suam dapat melegakan rasa perit pada tekak anda. Antara minuman suam yang dapat melegakan sakit tekak anda adalah seperti teh panas dengan madu, air renehan sup, dan air suma dengan lemon. Teh herba adalah antara minuman paling berkesan untuk melegakan sakit tekak yang dialami.

Minum Air Asam Jawa
Minum air asam jawa juga boleh melegakan dan seterusnya menyembukan sakit tekak. Bancuh air asam jawa dan biarkan semalaman pada suhu bilik. Air asam jawa itu di minum pada paginya. Rasa airnya yang sejuk dan masam ini membuatkan tekak tersa lega dan cepat memulihkannya kembali.

Makan Aiskrim Vanila
Aiskrim vanila di percayai dapat mengurangkan keradangan dan seterusnya mengurangkan sakit tekak kerana ia menyebabkan tekak terasa kebas. Aiskrim sifatnya sejuk. Apabila memakan aiskrim tekak akan berasa begitu nyaman. Jangan pula memakan ais batu kerana ia akan membuatkan batu menjadi bertambah teruk.

Salain semua di atas, rehat yang cukup,  hisap gula-gula sakit tekak atau lozenge. makan ubat paracetamol pasti membuatkan sakit tekak dan batuk anda akan segera berkurangan. Jika sakit berlanjutan, dapatkan nasihat pakar perubatan untuk mendapat rawatan di klinik dan hospital berdekatan dengan rumah.

Nak lebih tips dan informasi... klik SINI

p.s: Rajin aku minum air banyak-banyak setiap hari sebab takut kena sakit tekak dan batuk. Kalau terkena, aku bukan macam orang lain, akan jadi teruk sebab aku ada asthma.... haihhh!!

#idea dan gambar dari FB KKM

1 comment:

  1. minum air asam jawa selalu dgr. aiskrim vanila tu baru tau. hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...