11 September 2018

Cara Buat Pekasam Daging Yang Sedap

Tahun ini dapat banyak pula daging korban. Dapat daging tulang sikit dan daging serta tetel pun ada.  Mula-mula aku buat rendang, sup dan kari. Ada lagi lebihan dalam lebih kurang setengah kg. Jadi aku buat pekasam daging. Biasa tengok orang jual pekasam daging tapi tak pernah lagi membeli. Dah ada daging ini aku buat pekasam daging sendiri.

Cara Buat Pekasam Daging Yang Sedap
Cara Buat Pekasam Daging Yang Sedap

Daging pekasam memang sedap. Rasa masam masin bergabung dengan rasa daging yang di goreng memang tak dapat di gambarkan kesedapannya. Tapi tak boleh makan selalu kerana kandungan garam dan tinggi serta tak boleh amalkan makan daging selalu. Sekali sekala tak apa lah.

Aku sebenarnya tak pernah buat pekasam daging di campur beras goreng. Dulu-dulu biasa buat pekasam daging dengan bahan lebihan nasi. Opah aku dulu-dulu suka dan rajin buat pekasam. Biasa tengok dia buat  dan aku tau cara membuatnya. Jadi aku buat saja lah. 



Bukannya susah mana pun. Bahan-bahannnya lain selain daging hanya beras, garam dan asam keping. Bahan ini semua main agak-agak saja. kata orang main campak-campak  begitu saja dan tiada sukatan yang tepat. Oleh itu, faham-faham sajalah dan ikjutlah tekak sendiri.... yer!

Cara Buat Pekasam Daging Yang Sedap


Bahan-bahan:

1/2 kilo daging
3 sudu besar garam
10 keping asam gelugor atau asam keping
1/2 cawan beras

Cara-cara:

Daging di potong kecil-kecil  dan di bersihkan serta toskan. Gaul dengan garam dan masukkan asam keping. Susun asam keping saling bertindihan di dalam bekas. 

Simpan semalaman iaitu dalam 24 jam. Jangan simpan peti ais  tetapi simpan di luar dalam suhu bilik saja.

Beras di bersihkan dan di goreng dalam kuali tanpa minyak sehingga hampur garing. Tumbuk dan kisar beras goreng hingga hancur tapi tak terlalu lumat.

Keesokan harinya, keluarkan daging dan buang air daging yang terhasil. Selepas tu gaul daging dengan beras goreng. 

Simpan kembali daging pekasam selama lebih kurang 4 - 5 hari dalam suhu bilik. Selepas itu, bolehlah di goreng bersama cili merah, cili api dan bawang merah.

Oh ya, sebelum  di goreng, keluarkan asam keping dari ramuan pekasam daging. Daging juga tak perlu di basuh, goreng sekali bersama beras goreng. lagi banyak beras lebih sedap. Krup krap sedap rasa beras tu... huhu!

Jom buat , tak perlu nak membeli kalau dah tahu buat. Garam tu tak boleh di kurangkan. Nanti tak menjadi pekasam, jadi rosak pula daging tu. Untuk yang ada pelbagai penyakit makanlah berpada-pada, jangan  makan tak hinggat sudah... !

Updated 24/7/19 - Pada sesiapa yang nak membeli pekasam daging yang aku buat boleh whatssap no, ini 01162848524 (Pekasam Annur). Harga RM9 sepaket (150g daging + 50g beras goreng) Pos ke seluruh Malaysia. Harga tak termasuk postage yer... !

Nak pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Teringat-ingat dan terasa sedapnya. Nanti nak buat lagi lah!

4 comments:

  1. Sama je macam pekasam ikan. Cuma ikan tak payah guna asam keping... Cukup dengan garam je...

    ReplyDelete
  2. Mak saya cuma bubuh garam dan air je. kemudian biarkan daging tu terendam dalam air garam tadi selama sebulan atau 2 bulan. Lepas tu jika nak makan, ambil seketul dan rendam sebab nak hilangkan rasa masin daging tadi.

    ReplyDelete
  3. mak saya pula taruk garam je. lepas tu biarkan daging tu diperap dalam air garam tu selama 2-3 bulan.
    Jika nak makan, ambil daging tu dn rendam terlebih dahulu dalam air biasa untuk hilangkan masin.

    ReplyDelete
  4. tq for sharing, akma.
    aida sgt suka pekasam daging or ikan.
    sgt best. sgt ringkas.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...