Baru tadi aku jumpa di FB suatu idea DIY yang cukup menarik dan kreatif iaitu DIY bekas lampin pakai buang. Sungguh berinovasi idea ini. Bagi para ibu yang ada bayi dan anak kecil, apabila ada bekas lampin lampin pakai buang ini di rumah, ia menjadi lebih mas dan memudahkan. Cantik dan tersusun kemas barangan bayi dan anak-anak.
DIY Bekas Lampin Pakai Buang Kreatif |
Biasanya lampin pakai buang aku letak bersama pakaian anak kecil di dalam bakul plastik. Janji tersusun kemas. Tapi yang ini lagi bagus. Selain di jadikan bekas yang berguna, boleh pula di jadikan sebagai hiasan di sudut bilik. Tentu akan menjadi sesuatu yang menarik perhatian dan mencantikkan susana dam memudahkan keadaan.
Siapa saja yamg membuat rekaan ini sememangnya seorang yang tinggi daya imaginasinya. Hanya menggunakan kotak terpakai boleh jadi sesuatu yang berguna dan cantik pula tu. Memang terpaku aku melihatnya. Siap dengan cermin lutsinar di bahagian tengah untuk melihat kandungan kotak untuk mengetahui sekiranya hampir kehabisan.
Cara Buat DIY Bekas Lampin Pakai Buang Kreatif!!!
Bahan-bahan:
Kotak yang muat isi lampin pakai buang
atau kertas tebal yang sesuai di buat kotak
Pembalut kotak - samaada kertas pembalut hadiah
atau pun kertas berwarna-warni yang sesuai
Guntting
Gam
Plastik lutsinar
Hiasan di kehendaki - samaada lace, butang. benang etc
Cara-cara:
- Dapatkan sebuah kotak yanng bersesuaian ataupun buat sebuah kotak yang luas permukaannya sedang elok untuk di letakkan lampin pakai buang. Paras ketinggian kotak tu elok sedang-sedang saja untuk di sesuaikan dengan jumlah lampin yang ada.
- Buat lubang di bahagian bawah hadapan kotak untuk mengeluarkan pampers secara automatik dan buat juga sebuah lubang yang akan di letakkan plastik lutsinar untuk melihat kedudukan lampin.
- Pastikan ada pelapik kotak di bahagian bawah. Balut kotak dengan kertas pembalut hadiah atau kertas warna- warni. Gamkan setiap tempat yang sepatutnya.
- Pada bahagian tetingkap dan bahagian lubang untuk mengambil lampin, gamkan dan lipat dengan kemas ke bahagian dalam bekas.
- Gunakan plastik lutsinar yang biasa di gunankan untuk membuat folio untuk membuat tetingkap lutsinar itu. Gamkan ia dan tampal dari dalam kotak atau bekas.
- Cantikkan ia dengan pelbagai aksesori seperti tali berwarna, benang warna-warni, butang, lace dan apa saja yan cantik. Boleh juga deko dengan tulisan nama anak.
- Cantikkan ia dengan pelbagai aksesori seperti tali berwarna, benang warna-warni, butang, lace dan apa saja yan cantik. Boleh juga deko dengan tulisan nama anak.
Wow... cantiklah! Suatu idea yang sangat bagus. Nasib baik aku dah tak ada anak kecil. Kalau ada, sekejap ini juga aku cari barang dan bertukus lumus membuatnya. Sudah pasti boleh jimat ruang pakaian anak apabila hanya menggunakan kotak boleh susun canti-cantik di satu sudut bilik dan rumah... Ya tak?
Nak tengok pelbagai informasi di blog ini... klik SINI
p/s: Hasil kerjatangan sendiri, mestilah berbaloi-baloi dan jimat ruang, jimat duit!
#kredit che pah via Kelab DIY
Tq info yang menarik
ReplyDeletemenarik! boleh try nanti
ReplyDeletehttp://shfyqhazhr.com/
Terima kasih atas makluman ini.
ReplyDeleteCuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!