Huhu.... berangan nak menanam pokok bunga ros la plak.. hehe. Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah tanam pokok bunga ni dulu.... bertahun2 dulu masa tinggal kat rumah lama. Aku beli sampai 5 pasu pokok bunga ros kat sungai buluh... pilih yang banyak kudup bunga yang belum mekar. Biar nanti mekar kat rumah la...
Tips Tanaman Dan Penjagaan Pokok Bunga Ros.... |
Letak bersusun di halaman rumah, gigih la menyusun bata nak hias laman tu. Esok paginya excited nak tengok bunga ros kembang tapi pokok bunga dah kudung semua, di makan dek arnab jiran yang terlepas dari kandang. Frust gila masa tu... Dek geram, aku dengan jiran depan rumah tangkap arnab2 tu hantar jauh2 dari rumah kitorang.
Bila tuan si arnab sibuk mencari arnab2 dia, kitorang buat tak tau jela... Sapa suruh biarkan arnab2 tu berkeliaran kat rumah orang.... Sampai habis pokok2 bunga rumah orang dikerjakannya.... Ha.. baru dia tauuu... Dua minggu lepas tu beli 2 pasu pokok bunga ros lagi... Pokok bunga ros yang makan dek arnab tu dah tak dapat diselamatkan...mati...isk3. Kali ni letak tempat tinggi. Tak mau berulang lagi...
Mesti ramai di kalangan wanita yang suka dengan bunga ros. Bagaimana dengan penjagaan pokok bunga ros? Jika tidak kena cara, agak sukar juga untuk tanam pokok bunga ros. Jom kongsi beberapa tips mudah untuk penjagaan pokok bunga ros.
Tips Tanaman Dan Penjagaan Pokok Bunga Ros....
- Pokok bunga ros perlukan tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar), air, matahari dan sumber nutrien baja.
- Jangan lupa, pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang tetapi jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.
- Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Amalkan air basuhan beras dan ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.
- Kulit udang dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro dan mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros.
- Pokok bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara berjadual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.
- Bagi menggalakkan pengeluaran bunga, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.
- Buang daun-daun pokok bunga ros yang terkena penyakit. Pokok bunga ros selalunya akan diserang black spot. Jadi untuk mengawal masalah ini, anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit.
Untuk mendapatkan lebih informasi di blog ini.... klik SINI
tq for sharing
ReplyDeletePokok manja ni.
ReplyDeletepokok ros macam susah nak jaga je tapi kalau tahu penjagaan tu jadi mudah lah sikit kan.mesti cantik je berbunga
ReplyDelete