Masak lemak cili api adalah sinonim dengan aku yang bersuamikan orang Negeri Sembilan. Dalam seminggu sudah semestinya lebih kuran 3 - 4 hari mesti ada juadah masak lemak cili api ini. En. suami suka, jadi kenalah masakkan lauk kegemaran dia. Untuk mengelakkan aku rasa jemu (en. suami tak jemu), kenalah pelbagaikan lauk yang di gunakan untuk masak lemak cili api ini.... kan!
Resepi Masak Lemak Cili Api Petai Kikis Dengan Ikan Kembung |
Jadi, aku buat kali ini resepi masak lemak cili api petai. Tapi ini bukan cara yang biasa iaitu kopek petai letak dalam campuran masakan. Itu yang nak aku kisahkan di sini. Petai sekarang pun dah mahal yang amat. tak dapat dah harga 3 keping RM1. Sekarang paling murah 3 keping petai harganya RM5. Kadang-kadang jauh lebih mahal bila di luar musim.
Oleh itu, masaklah petai bersama kulit-kulitnya. Lebih berbaloi apabila membeli petai yang mahal tu. Sebenarnya ada resepi orang dulu-dulu masak petai dengan kulitnya. Aku belajar masak macam ini dari mak saudara en. suami bertahun dahulu. Memang lagi sedap rasanya dan baunya pun berkurangan apabila di masak dan di makan bersama kulitnya sekali.
Caranya kikis kulit hijau petai itu hingga menampakkan warna putihnya sahaja. Kikis tak perlulah terlampau bersih sangat kulit petai itu dari warna hijaunya. Racik dan hiris kulit petai bersama isinya sekali. Setelah itu bolehlah di masak. Sangat sedap dan berperisa sungguh rasanya, lain dari biasa tau....
Resepi Masak Lemak Cili Api Petai Kikis Dengan Ikan Kembung
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
3 papan petai
2 cawan santan
20 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah
2 keping asam gelugor
1 batang serai
1 biji tomato
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Ikan di siang dan di bersihkan. Petai di kikis kulit hijaunya, di racik atau di hiris tidak terlalu nipis. Cili api, kunyit hidup dan bawang merah di tumbuk lumat. Serai di titik pangkalnya dan tomato di potong empat atau enam.
Masukkan bahan tumbuk, satu cawan santan dan satu cawan air ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan asam gelugor dan serai yang telah di titik. Masukkan juga petai. Jangan berhenti mengacau agar santan tidak pecah minyak.
Masukkan ikan. Seterusnya masukkan satu cawan santan lagi. Kalau nak lebih kuah, boleh tambah air lagi. Kacau jangan berhenti dan perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau sekejap lagi . Seterusnya bolehlah di angkat.
Ikan dan petai boleh di tambah ikut berapa orang yang nak makan yer. Untuk yang tak makan pedas bolehlah kurangkan kepedasan ikut kesesuaian diri. Memang pedas dan terangkat berapi masak lemak cili api aku ni. Untuk orang yang tak makan pedas memang tak boleh ikut ni. Apa nak kata... Dah en. suami suka... huhu!
Untuk resepi menarik di blog ini... klik SINI
p/s : Kepedasan memang terasa, makan petai taklah terlampau berbau bila buat macam ni. Tak kisah pun, janji makan sedap hingga menjilat jari...
No comments:
Post a Comment