16 August 2018

Resepi Masak Kari Ikan Masin Dengan Terung..... Sedap!

Inilah antara masak gulai kari yang aku suka. Masak kari ikan masin dengan terung. Sedap hingga menjilat jari tau. Pada sesiapa yang berdiet, pasti diet terus tercampak ke laut dalam apabila makan masak kari ikan masin ini. Banyak pilihan masak kari yang boleh di buat sebenarnya. Terpulang pada kita untuk memberi variasi pada masakan kari.. Ya tak?

Resepi Masak Kari Ikan Masin Dengan Terung..... Sedap!
Resepi Masak Kari Ikan Masin Dengan Terung..... Sedap!

Ikan masin yang di pilih boleh ikan apa saja sebenarnya. Masak kali ini aku gunakan tulang ikan masin yang besar. Walaupun hanya tulang tapi masih ada isinya di kawasan tulang dan bahagian-bahagian yang lain tu. Sedap dan tak masin sangat tulang ikan masin ni. Jangan risau...



Seperti aku katakan, banyak variasi masakan kari ini tapi masakan kari resepi dari turun temurun keluarga aku ini juga yang sesuai dengan selera kami sekeluarga. Kari yang di restoran dan kedai makan, juga di kedai mamak memang tak sesedap masakan kari yang biasa aku buat. Apatah lagi pada anak-anak aku. Lauk kari mummy juga yang sedap, ... peace!  Hahaha!

Resepi Masak Kari Ikan Masin Dengan Terung..... Sedap!


Bahan-bahan:

Beberapa keping tulang ikan masin 
2 biji terung panjang
1 paket kecil serbuk kari ikan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu kecil pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 -3 cawan air
1 biji tomato (jika suka)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari (sekiranya ada)

Cara-cara:

Tulang ikan masin di potong-potong pada saiz yang sesuai. Terung di belah dan di potong-potong. Bawang, merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau. 

Masukkan cili giling dan tumiskan  sehingga garing. Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air. Masukkan juga pes asam jawa dan daun kari sekiranya ada. Masak sehingga campuran serbuk kari pecah minyak. Setelah itu masukkan santan dan air. Pada waktu ni terpulang pada sendiri, samaada nak banyak kuah atau sikit.

Masukkan terung  yang telah di potong pangkal dan hujungnya. Masak sehingga terung  menjadi lembut. Masukkan pula tulang ikan masin. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan pula tomato yang di belah empat dan perasakan dengan garam dan gula.  

Selepas itu, bolehlah di angkat. Sedap di buat lauk tengahari dan makan malam.  Kalau ikut resepi orang lama, serbuk kari tu di bancuh dengan air asam jawa. Aku terus masukkan sahaja kari dalam masakan. Gaul terus dengan air dan bahan-bahan lain. Kerja senang dari biasalah katakan... hihi!

Ikan masin tu, boleh saja letak ikan masin apa saja aslkan ikan masin yang keras. Kalau ikan yang lembut takutnya bersepah isi dan tulang. Terung pula boleh juga gunakan terung bulat tapi pastikan terung lembut semasa memasaknya. Lambat sikit nak masak sebab terung bulat agak keras sikit. Itu je lah yang nak beritahu...  

Nak tengok resepi lain di blog ni... klik SINI

p/s: Resepi tak canggih tapi rasanya memang canggih... campak-campak jer tu ... hihi!

1 comment:

  1. Sedapnya kak..memang fav SA ni...x toleh kiri kanan kalau dah makan lauk ni

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...