25 August 2018

Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa

Entah apa yang mengidamnya anak bujang aku ni nak makan ikan bawal masak tiga rasa pula. Dia tak kisah ikan apa pun. Jadi, en. suami  beli seekor ikan bawal untuk di masak tiga rasa tu. Ikan bawal tu adalah dalam besar sikit dari tapak tangan aku. Dapatlah melepaskan keinginan anak bujang nak makan lauk ikan bawal masak tiga rasa... huhu!

Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa
Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa

Cara masakannya biasa saja. Cuma nama yang di sebut tu ada mempunyai macam-macam rasa. Sampai tiga rasa yang tersedia di dalamnya.  Rupanya tiga rasa tu bermaksud menggunakan bahan tiga jenis sos iaitu, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Jangan tak tau... hahaha!



Untuk di masak tiga rasa ini sebenarnya tak kisah nak buat menggunakan apa jenis ikan pun tapi kebiasaannya orang buat dengan ikan siakap dan ikan bawal. Mana-mana ikan pun boleh saja. Biasanya masakan ini jarang aku buat sebab rasanya tak pedas. Jadi tak berapa suka. Untuk masak ini pun aku tambah sikit cili kisar untuk memberi rasa. Haihh...!

Resepi Ikan Bawal Masak Tiga Rasa


Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit 
1/4 sudu teh garam halus
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
1 biji cili merah
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun bawang- hiasan
*tambah sendiri 1 sudu makan cili kisar

Cara-cara:

Ikan di bersihkan dan di gaul dengan serbuk kunyit dan garam halus. Selepas itu di salut pula dengan tepung jagung. Seterusnya di goreng  garing ke dalam minyak yang banyak. Seterusnya angkat dan letak siap sedia di atas pinggan hidangan.

Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Cli merah di hiris menyerong. Tomato juga di hiris nipis. Daun bawang juga di hiris.

Setelah itu bawang merah, bawang putih dan halia di tumis sehingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Jika mau, masukkan juga cili kisar. Kacau rata dan biarkan mendidih. 

Setelah itu masukkan cili merah hiris. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula. Bila hampir di angkat, masukkan tomato yang di hiris. Kacau sebati dan bolehlah di angkat.

Curahkan bahan sos ini di ke atas ikan. Tabur pula hirisa daun bawang. Bolehlah di hidangkan dan di makan bersama nasi putih untuk hidangan tengahari.

Masakan lauk ikan yang sangat mudah. Kalau dah tak ada ide nak masak apa, boleh cuba lauk ini. Memang di sukai oleh anak-anak kecil yang tak makan pedas sebab rasa sos yang manis-manis sedap tu. Aku biasa makan di restoran tomyam selalunya lauk macam ini. Jarang buat. Dah ada permintaan, kenalah buat... ya tak.. hehe!

Nak tengok resepi di blog ini... klik SINI

p/s: Bolehlah... lebih suka yang pedas dan lauk yang berkuah..!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...