Hari ini aku nak kongsi tentang pengat pisang yang aku buat seminggu selepas raya puasa hari tu. Antara makanan pemanis atau pencuci mulut kegemaran aku. Pisang tanduk untuk aku buat pengat pisang ini ambil dari kampung masa hari raya hari tu. Ia di bekalkan oleh ibubapa aku sewaktu nak kembali ke Shah Alam selepas berhari raya di kampung.
Pengat Pisang Tanduk |
Resepi pengat pisang ini mudah sahaja. Hanya ada beberapa bahan, campak-campak dalam periuk sahaja dah siap. Sebuah resepi orang kampung yang sangat sedap. Tapi ramai orang dan anak-anak sekarang tak berapa suka pengat atau bubur ini. Mereka lebih menyukai kek, pavlova, muffin, pizza dan macam-macam lagi makanan barat.
Aku pula suka makanan kampung macam ini. Jadi aku nak sentiasa memperkenalkan masakan sebegini pada anak-anak. Anak-anak aku yang jenis tak memilih makanan ini biasanya ikut sahaja gaya permakanan aku. Sedap dan lazat sungguh pengat pisang ni.....
Resepi Pengat Pisang Tanduk
Bahan-bahan:
Seikat pisang tanduk yang telah masak
2 cawan gula
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
2 cawan santan pekat
1/2 cawan sagu telur ikan
1 cawan air
Cara-cara:
Pisang di buang kulit dan di hiris tebal. Cairkan gula merah dalam secawan air dan tapis. Basuh sagu telur ikan dalam tapis untuk mengurangkan kanjinya
Masukkan pisang ke dalam periuk bersama air gula merah air tadi. Didihkan bahan tersebut. Seterusnya masukkan gula dan santan kedalam periuk tadi.
Masukkan juga sagu mata ikan dan sehelai daun pandan yang telah di simpul. Biarkan sampai betul-betul mendidih. Sementara itu, kacau sentiasa. Setelah itu, bolehlah di angkat.
Biarkan sejuk terlebih dahulu, barulah di makan. Tak sesuai makan panas sebab takut melecur pula mulut di buatnya.... hehe!
Aku suka sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu. Rasa kesejukan itu lebih sedap untuk di makan. En. suami suka makan pengat di cicah dengan roti. Sedap juga bila di buat macam tu. Terpulang pada masing-masinglah. Rasa pisang tanduk apabila masak yang masam-masam manis tu yang menjadi ia sangat sedap rasanya.
Nak baca pelbagai cerita, resepi dan macam-macam lagi... klik SINI
p/s: Selain buat pengat, puas makan setandan pisang di buat goreng juga.
sedapnyo pengat pisang petang2 ni...
ReplyDeletePEMANIS MULUT SEDAP...
ReplyDeletelama tak makan pengat pisang
ReplyDeletehttp://shfyqhazhr.com/
Wahhhh sedapnya...lama tak makan pengat
ReplyDelete