01 August 2018

Kulit kayu Manis | Perbezaan 2 Jenis Rempah Cassia Dan Cinnamon

Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa di gunakan dalam masakan Melayu. Bagaikan tak lengkap hampir semua masakan melayu tanpa kulit kayu manis. Ia juga bermanafaat untuk kesihatan. Boleh berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah.

Kulit kayu Manis | Perbezaan 2 Jenis Rempah  Cassia Dan Cinnamon
Kulit kayu Manis | Perbezaan 2 Jenis Rempah  Cassia Dan Cinnamon

Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2. Pengambilan 1gm (satu sudu teh) serbuk kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.


Selain itu, kulit kayu manis biasa digunakan dalam teh Arab malah boleh dicampurkan dalam juice epal, oren dan lain-lain bagi menyedapkan rasanya. Biasa juga di gunakan dalam masakan sup dan masakan berkuah seperti kari. Sesuai di jadikan perasa dalam pelbagai jenis kek. Juga wangian dalam pembuatan minyak wangi. 

Perbezaan Kulit Kayu Manis Cassia dan Cinnamon


- Cinnamon asli adalah jenis Cinnamomum zeylanicum dan C. verum. Jenis yang asli ini kebanyakanannya ditanam dan di produksi di Sri Langka. Aromanya lebih harum dan halus serta warnanya coklat muda. Terbuat dari lapisan batang kayu tanaman Cinnamon nipis yang digulung rapat kemudian dikeringkan. Di sebabkan nipis, mudah dipatahkan dan mudah juga dihancurkan. Jenis yang asli ini harganya jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan jenis cassia.

- Cassia banyak diproduksi di China (Cinnamomum/Cassia aromaticum), Vietnam (Cinnamomum / Cassia loureiroi) dan Indonesia (Cinnamomum/Cassia burmannii). Jika dibandingkan dengan Cinnamon asli, aromanya lebih tajam dan tidak sewangi yang asli. Bentuknya tebal dan hanya terdiri dari satu lapis. Warnanya coklat tua kemerahan dan teksturnya keras, lebih susah untuk dipatahkan dan dihancurkan.

Khasiat yang di miliki Cinnamon dan Cassia adalah sama seperti:


- Menurunkan kadar gula darah.
- Manurunkan kolesterol.
- Melancaran peredaran darah.
- Membasmi infeksi bakteri dan jamur.
- Bagus untuk kesehatan otak dan daya ingatan.
- Membantu pencernaan.

Ingin menghilangkan parut di kulit?  Cubalah petua orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Pernah ada penyebaran khabar angin mengatakan bahawa kulit kayu manis yang dijual boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang. Yang sebenarnya kulit kayu manis yang mengan­dungi ‘coumarin’ iaitu sejenis bahan semula jadi yang memberi perasa kepada makanan dan tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan.

“Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, ‘coumarin’ dibenarkan dalam rempah ratus tidak melebihi 10 miligram perkilogram (mg/kg). Berdasarkan penggunaannya yang rendah dalam masakan dan hanya digunakan sebagai bahan rempah untuk memberi perisa dalam makanan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan dalam kalangan pengguna. Satu kenyataan yang di beri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ekoran viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

Nak dapatkan tips dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Suka bau kulit kayu manis, wangi dan sedap baunya...

#idea fr google
#pic fr google

3 comments:

  1. hehe... baru tahu ada 2 jenis nama lelain rupanya... ingatkan sama saja

    ReplyDelete
  2. oh baru tau ada dua jenis, selama ni tau kulit kayu manis jela hahaha

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...