17 August 2018

DIY Sofa Kayu Cantik Dari Kerusi Terbuang

Hari ini saja-saja buat carian di fb dan google tentang barang-barang yang boleh di buat DIY, aku tertarik dengan DIY sofa kayu cantik dari kerusi terbuang. Cantik dan sangat praktikal sofa macam ni. DIY sofa kayu cantik boleh terfikir nak buat nanti sebab kerusi makan kat rumah aku dah nak rosak tu. Taklah terbuang di tempat sampah nanti.

DIY Sofa Kayu Cantik Dari Kerusi Terbuang
DIY Sofa Kayu Cantik Dari 2 Buah Kerusi Terbuang


Aku dapat infomasi tentang ini di group kelab kaki DIY di FB. Banyak sungguh informasi tentang DIY ini di situ. Salah satunya DIY sofa kayu cantik. Minat sangat aku dengan yang ini. Nnti nak ajak anak bujang buat pada kerusi makan aku yang dah senget tu. Mesti boleh buat hiasan dan di gunakan di rumah baru nanti... huhu!



Buatnya pun taklah sesusah mana pun. Ikut saja panduan yang di beri. Modal tambahan selain kerusi terpakai itu pun tak banyak. Hanya sedikit kayu tambahan, span tebal, kain dan sedikit manik untuk hiasan. Boleh juga di tambah bahan lain seperti lace atau ropol  untuk tambahan. Cantiklah jadinya nanti. 

DIY Sofa Kayu Cantik Dari Kerusi Terbuang


Bahan-bahan:

2 buah kerusi terpakai
kayu tambahan
Plywood
Span tebal
Kain 
Paku dan skru
Sedikit manik, renda dan ropol untuk hiasan

Cara-cara:

- 2 buah kerusi itu di buang tempat duduknya dan di potong kaki bahagian depan.

- Sambungkan bersama kedua-dua kerusi tadi dengan sebatang kayu. Pakukan bersama kedua-duanya.

- Potongkan sedikit bahagian penyandar. Kalau tak di potong pun tak apa tapi nampak panjang sedikit lah tempat penyandar itu.

- Gunakan lebihan dari kerusi itu juga untuk membentuk penyandar. 

- Dapatkan sekeping papan plywood yang tebal untuk membuat tempat duduk.

- Setelah itu lekatkan span tebal dengan menggunakan stapler atau gam  di atas plywod. Seterusnya kemaskan dengan kain.

- Untuk membuat lekuk-lekuk di atas sofa, gunakan stapler atau skru. 

- Kemaskan bahagian skru atau stapler dengan menghias menggunakan manik. 

- Dah siap... Cantikkan!

Aku simpan panduan ini di blog ini agar mudah nanti nak mencarinya apabila sampai masa aku nak membuatnya. Waktu sekarang belum sampai masanya lagi. Bila pindah ke rumah baru, barulah projek ini boleh di mulai.... kan!

Nak dapat banyak informasi di blog ini... klik SINI

p/s : Terima kasih kepada pemcetus idea dan group kelab kaki DIY atas perkongsian ini. Nanti ke enam-enam kerusi tu aku nak DIY kan. Kat rumah baru nanti beli meja makan baru... heh!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...