09 August 2018

Diet Menjaga Kesihatan Makan Suku Suku Separuh, Boleh Turun Berat Badan

Semalam sementara menunggu berjumpa doktor di Klinik Kesihatan ada sedikit ceramah pemakanan. Tajuknya "Makan Suku Suku Separuh''. Ini adalah diet untuk menjaga kesihatan. Bukan hanya untuk di amalkan oleh orang yang mempunyai masaalah kesihatan seperti diabetis, darah tinggi dan jantung serta masaalah penyakit yang lainnya. Pada yang mengalami berlebihan berat badan juga di syorkan untuk diet makan suku suku separuh ini

Diet Menjaga Kesihatan Makan Suku Suku Separuh Pinggan, Boleh Turun Berat Badan
Diet Menjaga Kesihatan Makan Suku Suku Separuh Pinggan, Boleh Turun Berat Badan

Amalan pemakanan suku suku separuh ini bermaksud makanan dalam sebuah pinggan makan bersaiz 10".  Suku adalah protien seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya. Suku lagi adalah karbohidrat seperti nasi,roti, mee dan sebagainya yang berasaska tepung. Pada yang separuh tu adalah serat, vitamin dan mineral yang di perlukan oleh tubuh badan iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. 



Pada yang nak menguruskan badan tetapi tak boleh skip makan nasi elok menggunakan cara ini. Cara suku suku separuh ini lebih mudah di fahami. Ada orang yang sudah mencuba cara ini, selama 2 bulan ini telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9kg. Banyak  juga berat yang dapat di kurangkan tu. 

Diet Menjaga Kesihatan Makan Suku Suku Separuh Pinggan, Boleh Turun Berat Badan


Ramai salah anggap suku suku separuh ni. “Habis, ikan kembung tu kena potong 4 ke untuk dapat kan suku? “Sukatan ikan sekiranya ikan kembung biasa tu adalah seekor. Jangan lah sekor jenahak 1.75kg pulak. Kalau besar saiz ini, sepotong sajalah. Ayam pula seketul dari seekor ayam yang di potong 8  atau 12 tapi seeloknya pastikan telah di buang lemak dan kulitnya.

Nasi pula dalam semangkuk kecil sahaja. Kalau menggunakan senduk nasi. Hanya 2 senduk sahaja untuk ukuran suku tu. Sayur pula seeloknya sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, kobis dan sebagainya. Elakkan sayur yang mempunyai kanji seperti kentang, ubi dan bijirin. Boleh di tambah dengan buah-buahan sebagai pencuci mulut untuk mencukupkan separuh bahagian tu.

Tak tertelan makan banyak sayuran? Makanlah sayur dengan menambah perisa ke dalamnya seperti di cicah sambal belacan, budu atu cencaluk. Ataupun di buat rebus, kerabu, sup dan juga sayur tumis. Mesti makanan akan menjadi lebih sedap dan beraroma. Alah bisa tegal biasa. Lama-lama di amalkan, mesti akan menjadi kebiasaan.Selain itu, jangan lupa minum air sekurang2nya 8 gelas sehari tau...!

Nak dapatkan tips dan informasi, klik SINI

p/s: Dah biasa makan sayur banyak-banyak, walau tak kurus tapi kesihatan sentiasa terkawal.

5 comments:

  1. menjadi sangat tau suku suku separuh ni ena dah cuba dah;)

    ReplyDelete
  2. tried this before and actually dah kekal jd kebiasaan smpi skrg. Alhamdulillah it was worth it.

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang ni memang banyak penyakit2 bahaya, kesihatan dan pemakanan memang kena jaga

    ReplyDelete
  4. Suka ratah sayur terutama kalau sayur campur buat goreng rangup.. Sedapnya...

    ReplyDelete
  5. kena ada disiplin makan healthy ini, else cubaan tu kelaut je selalu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...