Pertama kali masak butter chicken ni. Pernah aku memakannya apabila anak buat tempahan online dan di hantar ke rumah. Sebelum tu anak perempuan aku selalu sebut pasal lauk butter chicken yang sedap sesangat, katanya. Tekak melayu jati ni rasa macam biasa saja apabila makan yang beli online tu. Apabila masak sendiri, baru tahu dan merasa butter chicken yang sedap sesangat ni... huh!
Butter Chicken Yang Sedap Sesangat.... Huhu! |
Alkisahnya anak mengajak aku buat butter chicken ini bersebablah. Dia nak bawa pergi berkelah makan-makan dengan kawannya sempena sambut harijadi. Nak bagilah rasa masakan istimewa katanya. Aku pun tak tau apa yang istimewanya lauk butter chicken ini. Resepi orang zaman sekarang kacukan timur barat ataupun resepi fusion kot.. entahlah!!
Apapun resepi gaya macam ini memang en. suami tak makanlah. Dia mana nak makan makanan orang sekarang ini. Ayam goreng kepci pun dia tak makan, apatah lagi makanan versi barat yang macam-macam rasa tu. Pizza dengan burger pun tak pernah di jamahnya. Bayangkan betapa old schoolnya en suami. Jadi, jangan mengharplah dia nak makan butter chicken ini.
Tak apa, dia tak makan, aku dengan anak-anak makan semuanya. Tolak batu dengan kayu serta makanan yang tak halal semua boleh di makan dan di cuba. Jadi, godek2 resepi, bermulalah pembuatan butter chicken ini. Mudah saja rupanya. Guna isi ayam saja. Aku beli ayam seekor ambil isinya dalam 2 cawan. Tulang simpan boleh buat sup.
Butter Chicken Yang Sedap Sesangat.... Huhu!
Bahan-bahan:
2 cawan si ayam tanpa tulang
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji telur
2 sudu besar mentega
5 biji cili api hijau dan merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3/4 cawan susu cair
1/6 dari seketul kiub ayam
3 pelepah daun kari
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
I keping chesse - jika suka
Cara-cara:
Ayam di potong kecil. Setelah itu di perap bersama 1 biji telur, 1/2 sudu teh serbuk lada hitam dan garam selama lebih kurang 10 minit.
Selepas itu golek-golekkan dalam campuran tepung gandum dan tepung jagung, Sedia untuk di goreng.Goreng dalam minyak panas sehingga berwarna keemasan. Ketepikan.
Bawang merah di hiris-hiris dan bawang putih di cincang halus. Cili api di hiris kecil. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Setelah itu, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari. Goreng sehingga berbau wangi dan bawang menjadi layu.
Masukkan susu cair. Kacau sehingga mendidih. Perasakan dengan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Seterusnya masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Jika suka masukkan sekali kepingan cheese kedalam masakan.
Setelah itu, bolehlah di angkat dan hidangkan bersama nasi. Sesuai untuk hidangan tengahari dan malam.
Dulu-dulu masa mula dengar pasal masakan ini semacam terasa susah nak memasaknya. Al maklumlah bunyinya semacam masakan antarabangsa. Namanya pun speaking London. Apabila dah cuba, senang saja rupanya. Paling tak percaya, letak daun kari tu. Itu yang buat lauk ayam ini menjadi wangi dan sedap... kan!
Oh ya... resepi ni anak godek di ig. Aku pun tak pasti dari ig mana, campuran dari banyak resepi dalam ig yang ada. Pilih yang mana lebih mudah dan senang di ikuti. Semua suka lauk ni kecuali en. suami. Jadi, lain kali kalau masak lauk ni mesti ada lauk lain juga untuk dia. Itu yang leceh tu...
Nak tengok pelbagai resepi i blog ini... Klik SINI
p/s: Nasib baik menepati citarasa walau pertama kali masak lauk ni... Sedap je!
Sally kalau masak ni mmg sorang diri jela masak..baik ibu baik abang tak suka...kalau ratah gitu makan la kot...eh? haha
ReplyDeletesedap ni.. lagi sedap kalau ratah je heee
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com