Di era dunia global tanpa sempadan ini, jarang di jumpai orang yang tak ada akaun media sosial. Termasuklaah aku yang memiliki beberapa akaun antaranya FB, IG, Twitter, Youtube dan juga Blog. Seronok ada media sosial ini iaitu boleh dapat tau situasi semasa melaluinya. Tapi, adakalanya mood keboringan ke laut dengan media sosial ini menjelma juga.
Adakalanya Mood Keboringan Ke Laut Dengan Media Sosial |
Bila ada akaun media sosial ini, kenalah ada pengisian. Kalau tidak di gunakan sepenuhnya, jadi hambarlah media sosial tu. Lainlah sekiranya hanya untuk sekadar ada saja dan jadi cctv. Bukan bagi aku yang menggunakan media sosial ini sepenuhnya untuk mencari pendapatan. Membuat pengisian tu untuk menjadi tarikan memang kena perah otak juga.
Tapi itulah, tak boleh juga nak terlalu terbuka dengan media sosial takut berlebihan seterusnya mejadi sesuatu yang tak baik di kemudian hari. Kena ada penanda aras agar apa jua yang di lakukan tidak menjadi keterlaluan. Apatah lagi maklumat tentang diri kita mungkin di gunakan oleh orang lain dengan cara yang tidak baik. Itu yang kena di elakkan dan di jauhkan.
Adakalanya Mood Keboringan Ke Laut Dengan Media Sosial
Semenjak seminggu dua ini ada rasa yang boring, jelak, jemu dan menyampah pula aku dengan media sosial ini. Lebih-lebih lagi di IG. Nak ambil gambar dan letak gambar pun dah malas sesangat. Sindorm menyampah rasanya macam tak berkesudahan sungguh. Nak letak gambar sendiri, bukan hari-hari bersiap cantik. Nak letak gambar makanan yang di masak je pun... huh!!!
Walaubagaimanapun di media sosial selain itu, aku terpaksa mencampakkan perasaan boring, jelak, jemu dan menyampah jauh-jauh sebab ia menjurus kepada punca pendapatan aku. Kalau tidak, jatuh merudumlah jualan aku sebagai dropshipper dan pendapatan pengiklanan aku di blog. Bertukus lumus jagalah mencari idea dan ilham mencari pengisian blog.
Masih tercari-cari rentak dalam media sosial sebenarnya walau dah lama berkecimpung sebagai blogger dan dropshipper. Sebabnya aku masih belajar menggali pelbagai cara untuk lebih mengetahui macam-macam idea untuk meningkatkan pencapaian dan seterusnya pendapatan. nampak senang tapi bukannya semudah itu sahaja.
Tapi mood kelaut ini juga yang sering menerjah. Aku angggap saja perkara ini asam garam untuk pencapaian yang lebih baik. Nak ku pujuk hati ini untuk buang jauh-jauh perasaan boring, jelak, jemu dan menyampah ini ke laut dalam. Kalau tidak, bila pula aku nak maju ke hadapan. Nak tambah pendapatan beribu-ribu lemon, ya tak?
Nak baca cerita dan informasi, lihat SINI
p/s: Seksa rasaya bila kekosongan idea melanda... aihhh!!
biasalah.kadang memang begitu..huhu
ReplyDelete