08 July 2018

Tips Untuk Wanita | Cara Menjaga Peranakan

Bagi seorang wanita, bukan hanya tubuh dan wajah yang perlu di jaga dan di titik  beratkan.  Keseluruhan tubuh juga perlu di ambil kira termasuk bahagian dalaman iaitu peranakan. Di sini aku nak kongsi cara menjaga peranakan dengan betul. Tips dan cara menjaga peranakan ini aku dapati dari pembacaan di internet.

Tips Untuk Wanita |  Cara Menjaga Peranakan
Tips Untuk Wanita |  Cara Menjaga Peranakan

Wajah yang cantik jelita bukan gambaran wanita sempurna jika tidak di sertai dengan kecantikan dalaman iaitu bahagian peranakan. Ia perlu di jaga sebaiknya dan menjadi antara aset penting bagi seorang wanita. Jadi adalah perlu bagi kita mengetahui dan mempraktikan  penjagaan yang betul.


Ada yang beranggapan hanya wanita yang berumah tangga sahaja perlu menjaga bahagian peranakan. Sebenarnya tidak, semua wanita perlu menjaga aset dalaman dengan betul walaupun ia masih sorang kanak-kanak, remaja, berkahwin, janda, ataupun  yang lanjut usia.  Ia membabitkan kesihatan diri keseluruhannya juga. 

Tips Untuk Wanita |  Cara Menjaga Peranakan


- Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas kerusi. 

- Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.

- Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

- Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air.

- Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.

- Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.

- Elakkan mengandung iaitu mempunyai anak dengan terlalu kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan yang tinggi. 

- Amal pemakanan sihat dam makan ubatan herba dan jamu yang sesuai. 

- Pengambilan ubat-ubatan herba serta jamu yang ramuannya terdiri daripada herba-herba terpilih dapat merawat masalah dalaman wanita.

Nak lihat tips dan informasi di blog ini, kik SINI

p/s : Sedikit perkongsian yang dapat di komgsikan...

#idea fr FB
#pic fr google

5 comments:

  1. nice sharing. ni semua kena amek tahu ni =D

    ReplyDelete
  2. Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/saham-akhirat-insyaallah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...