Selepas aku buat sendiri sardin dalam sos tomato pada malamnya, lauk tengahari keesokan harinya adalah sambal tumis sardin dengan belimbing buloh. Sudah semestinya sardin buatan sendiri ini rasanya saling tak tumpah seperti sardin dalam tin yang di jual. Yang pasti tak perlu risau tentang kebersihan dan cacing lagi. En. suami sangat menyukai lauk sambal tumis sardin dengan belimbing buloh ni.... sedap tau!
Sambal Tumis Sardin Dengan Belimbing Buloh |
Belimbing buloh memang kesukaan en. suami. Kebiasaannya buat masak lemak cili api bersama ikan. Boleh juga buat masak lemak cili api dengan telur itik. Sekali sekali sedap buat sambal tumis sardin dengan belimbing buluh. Sambal tumis ikan bilis atau ikan apa-apa pun sedap di buat bersama belimbing buloh.
Apabila masak lauk bersama belimbing buloh, tidak kira samada masak lemak ataupun masak sambal, tidak perlu campur asam keping ataupun asam jawa, Ini di sebabkan belimbing buloh ini dah sedia masam. Dengan sendirinya rasa masam belimbing buloh menggantikan kemasaman gulai ataupun sambal itu. Seterusnya resepi di bawah yer...
Sambal Tumis Sardin Dengan Belimbing Buloh
Bahan-bahan:
4 ekor sardin bersama sos
12 biji belimbing buloh
3 sudu besar cli giling
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara-cara:
- Belimbing buloh di potong pangkal dan hujung, di belah dua dan di bersihkan. Bawang merah dan bawang putih di buang kulit, di cincang halus atau di tumbuk lumat. Bawang besar di hiris halus.
-Panaskan kuali atau pan, masukkan sedikit minyak masak, tumiskan bahan cincang/tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan cili giling dan goreng hingga agak garing. Masukkan bawang besar dan belimbing buloh. Masukkan juga sedikit air. Masak sehingga belibing buloh bertukar warna hijau pucat.
- Masukkan pula ikan sardin bersama dengan sosnya. Jika suka pecah-pecahkan sedikit isi ikan sardin. Kalau tak nak buat, tak apa.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar agak kering sedikit. Bolehlah di angkat dan di hidangkan.
Oh ya, sekiranya ingin mendapatkan resepi cara buat ikan sardin... klik SINI. Kami sekeluarga memang sangat suka makan ikan sardin. Apatah lagi kalau masak lauk macam ini. Makan bertambah-tambah lagi, tak cukup sepinggan, makan berpinggan-pinggan sampai bam-bam jadinya... hehe!
Nak resepi dan informasi, klik SINI
p/s: Lauk sardin ni macam-macam resepi boleh buat dan kena kreatif mengolah bahan-bahan, jadilah .... !!!
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteTerbaek.. sedap ni :)
ReplyDeleteSambal sardin dah la fav SA..sedapnya nak plak tambah belimbing buluh tu
ReplyDeleteNampak sedap.. Good tups utk masak dgn belimbing, xyah buh asam tue.. Hihi
ReplyDeletesedap nyer !!!!
ReplyDelete