17 July 2018

Petua Mengelakkan Adanya Kutu Beras Dalam Bekas Beras Di Rumah

Idea petua hari ini adalah untuk  mengelakkan adanya kutu beras dalam bekas beras di rumah kita. Kutu beras kalau nak tahu, ia berwarna hitam dan kecil sahaja. Ada kalanya ia di panggil bubuk dan hidup di dalam beras dan biji-bijian yang lain. Punca beras di penuhi bubuk @kutu beras adalah di simpan dengan cara yang salah ataupun terlalu lama. Menghilangkan kutu beras bukanlah mudah tapi sebelum tu ada cara untuk mengelakkan adanya kutu beras dalam bekas beras di rumah.

Petua Mengelakkan Adanya Kutu Beras Dalam Bekas Beras Di Rumah
Petua Mengelakkan Adanya Kutu Beras Dalam Bekas Beras Di Rumah

Bila beras mula berbubuk atau di serang kutu beras, bukanlah satu perkara senang membuangnya. Memang geram dibuatnya! Silap haribulan, jalan pintas yang mungkin akan kita lakukan ialah dengan membuang beras yang berkutu dan membeli beras yang baru. Tetapi, jika selalu sangat berbuat sedemikian dah jadi satu pembaziran pula. Tak bagus juga, kan.

Nasib baik beras di rumah aku tak di simpan terlalu lama. Setiap 3 minggu beli 10kg beras dan tak sempat berbubuk dah habis, beli pula yang baru. Tak sempat kutu beras nak menetaskan telurnya, beras pun dah habis di masak. Tapi aku sentiasa juga berjaga-jaga. Tak nak beras di hinggapi bubuk. 



Dalam berjaga-jaga tu kadang-kadang ada juga sesat seekor dua. jadi aku kena pastikan baki beras yang sebelumnya tak bercampur dengan yang baru. Kalau tidak, keluarlah kutu beras. Selain dari itu, aku selalunya letak setangkai dua cili kering. Rupanya banyak lagi cara nak halau kutu beras ni...

Petua Mengelakkan Adanya Kutu Beras Dalam Bekas Beras Di Rumah


- Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap. Ini untuk beras yang sudah teruk di serang kutu beras. Tapi beras kena segera di gunakan dan jangan campur beras yang baru.

- Masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras. Ini kaedah biasa yang selalu aku gunakan. 

- Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.Taburkan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah diletakkan di dalam talam atau bekas. Cara ini akan membuatkan kutu beras tersebut ‘cabut lari’ meninggalkan beras tersebut.

- Selain bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga berupaya mengusir kutu beras. Caranya cukup mudah, masukkan kulit kayu manis ke dalam manis di tempat penyimpanan beras. Aroma khasnya itu akan membuatkan kutu-kutu berasa berasa tidak selesa.

- Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh mengelakkan dan menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.

- Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Cara ini juga berkesan mengelakkan kutu beras.

- Simpan beras dengan dua atau tiga helai daun belimbing buluh yang sudah dibersih dan dikeringkan. Daun belimbing buluh terbukti efektif untuk menjauhkan kutu beras.

Mungkin ada lagi petua yang lain untuk mengelakkan beras di masuki dan di huni kutu beras. Cara yang paing mudah sebenarnya adalah jangan simpan beras terlalu lama.dan jangan beli beras yang dah lama. Barulah beras tak sempat berbubuk dan di huni kutu beras. 

Untuk mendapatkan petua dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Beli beras cukup-cukup untuk sebulan jadi al kisahnya kutu beras tak sempat nak buat koloni atau petempatan, beras dah habis di makan... yeayh!!!

#pic fr google


3 comments:

  1. Pernah beras tak habis sampai bebubuk.. terus buang beras tu.. lepas tu baru menyesal buang rezeki.

    ReplyDelete
  2. Saya guna cili kering letak dlm beras. Superb.

    ReplyDelete
  3. aida ikut petua mak. cili kering :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...