Resepi yang senang inilah yang paling sedap. Nasi goreng memang juadah yang sinonim dengan kehidupan masyarakat melayu. Yang paling sedap dan menggiurkan adalah nasi goreng kampung campur cili api. Kesedapannya yang terletak dari kepedasan cili api itu yang meletup. Apatah lagi nasi goeng kampung telur mata, real kampung punya.... Sedap!
Nasi Goreng Kampung Telur Mata, Real Kampung Tau... Sedap! |
Nasi goreng kampung kenalah betul-betul kekampungan. Sayur kampung yang paling sesuai adalah kangkung. Kangkung kalau di kampung, kutip saja di tepi parit dan tali air tak jauh dari sungai. Di bandar ini kena beli lah di pasar. Secekak kecil tu sudah mencukupi.
Jumlah cili api pula ikut tahap kepedasan masing-masing. Di sebabkan kami sekeluarga suka akan kepedasan yang benar-benar pedas jadi memang banyaklah cili apinya. Belacan pun di masukkan sekali. Barulah betul-betul stail kampung.
Kalau letak ayam, udang, sotong, daging dan seumpamanya dalam nasi goreng tu, dah kira tak ada versi kampung dah. Apatah lagi kalau sayurnya di ganti dengan kobis, sayur campur atau carot pula... Cacamarba pula stail kampung tu jadinya....heh!
Nasi Goreng Kampung Telur Mata, Real Kampung Tau... Sedap!
Bahan-bahan:
4 cawan nasi
Secekak kangkung
20 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 cawan ikan bilis
2 biji telur
Kicap secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
1/4 dari seketul kiub ayam (jika suka)
Beberapa biji telur di goreng mata kerbau
Cara membuatnya:
Kangkung di potong-potong dan di bersihkan. Cili api di tumbuk atau di kisar lumat bersama bawang merah, bawang putih dan belacan.
Ikan bilis di goreng garing dan di ketepikan. Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak. Dah wangi, masukkan kicap dan kiub ayam. Kacau sebati. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Kacau, kacau dan kacau, seterusnya masukkan sayur kangkung. Goreng bersama sehingga kangkung bertukar warna dan layu. Selepas itu masukkan telur.
Bila telur dah agak nak membeku, kacau dan masukkan nasi. Kacau rata. Percikkan kicap jika warnanya kurang gelap atau jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula sekali lagi untuk memastikan rasanya sesuai dengan selera. Masukkan ikan bilis yang telah di goreng garing.
Bolehlah di hidangkan dan di makan bersama telur mata kerbau. Walla... :)
Inilah resepi aku yang mudah dan campak-campak gitu je. Buat masa bulan puasa ari tu. Memang menjadi kegemaran kami sekeluarga ni. Untuk yang tak makan pedas, jangan lupa kurangkan kuantiti cili api tu. Nanti sakit perut pula... hehe!
Nak lihat pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Banyak lagi entri resepi belum update... Tunggu turn satu persatu... huh!
pergh sedapnya nasi goreng kampung. Del suka kalau kangkung lebih, plus pedas sikit..ikan bilis banyak rangup-rangup pun sedap makan sekali...
ReplyDeletewww.cakapsinilah.com
suka rasa nasi goreng kampung.. tapi xleh pedas sangat and kadang2 ekot mood kangkung tu kalo nak makan baru makan. kalo tak bersusun keliling pinggan =P
ReplyDelete