Cerita kali ni pasal kek sedap dari Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Memang puashati dengan keknya yang cantik, gebu dan sedap meleleh sangat. Aku beli kek sedap di situ sebab nak menghabiskan baucer yang dapat dari hotel tu. Kek yang di beli memang sedap sebab tu berkali-kali beli kek di situ. Ini kali ketiga beli kek di situ... huhu!
Makan Kek Sedap Sampai Puashati |
Pada kali pertama dan kedua, ambil gambar kek pun dah kelam kabut sebab anak-anak tak sabar nak merasa. Tak cantik, rosak, comot dan kurang cahaya gambar kek di buatnya. Kali ini pun nyaris tak sempat ambil gambar. Itu pun sempat juga di potongnya seketul akibat tak menyabar nak melantak... hehe!
Kali ini beli seketul kek coklat fudge dengan beberapa keping potongan kek iaitu kek red velvet, kek carrot, kek tiramisu dan seketul dua kek yang tak di ingati namanya. Masa kali pertama dan kedua tu pernah beli kek marble cheese, kek rainbow dan pelbagai lagi lah.
Makan Kek Sedap Sampai Puashati
Sesiapa yang berminat nak beli kek untuk majlis harijadi dan berbagai majlis lagi, bolehlah beli di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Jangan risaukan harganya. Lebih kurang sama sahaja harganya dengan harga kek-kek yang di jual di pasaraya dan komplek membeli belah. Lebih branded dari kek yang biasa sebab dari hotel lima bintang... huiyyo!
Untuk yamg bercitarasa tinggi dan mementingkan taraf dan kesempurnaan mesti beli di sini. Barulah canggih dan meletup. Untuk yang sederhana pun boleh beli kek di sini sebab harganya bukanlah terlalu mahal. masih di taraf kemampuan orang-orang biasa macam kita. Yang pasti, rasanya sedap, lazat dan sesuai dengan tekak... ya tak?
Harap lain kali aku dapat lagi makan kek yang sedap dari GBWHSA ini. Kena rajin buat review dan terus blogging seperti biasa. Inilah manafaatnya yang aku dapat setelah bekerjaya sebagai penulis blog sejak beberapa tahun ini. Tak pernah terfikir dapat makan makanan yang sedap seperti kek dari hotel ni... hehe!
Nak tau dan dapat pelbagai informasi dari blog ini, klik SINI
p/s: Terliur dengan kek coklat yang sedap tu... fuh!
nampk moist elok je. mek pn minat kek choc.. tp skang dh tersyg dekat brownies pulak. hehe
ReplyDeletewah..rezeki, bestlah dapat makan kek =)
ReplyDeleteBoleh terliur dibuatnya.. Teringat coklat moist
ReplyDeleteWahh sedapnya kek.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemcm sedap.btul ke hrga mampu milik??hehehe
adei ni yg mcm nk p jee =p hbis diet I