28 July 2018

Juadah Sayur Cendawan Rebus Cicah Sambal Belacan Asam

Sekali- sekala masak lauk yang sangat mudah pun boleh makan bertambah-tambah. Lauknya adalah sayur cendawan rebus cicah sambal belacan asam. Juadah makan tengahari yang biasa aku buat apabila kebuntuan nak masak lauk apa. Biasanya sayur cendawan rebus ini adalah lauk iringan di sebalik lauk utama. Tapi ia tetap pelengkap utama masakan itu.

Juadah Sayur Cendawan Rebus Cicah Sambal Belacan Asam
Juadah Sayur Cendawan Rebus Cicah Sambal Belacan Asam

Sayur cendawan yang biasa aku gunakan adalah cendawan tiram yang kini biasa di jual di pasar, kedai runcit dan pasaraya. Kalau di kampung apabila tiba musimnya lagi sedap bila dapat yang tumbuh di kawasan kebun. Tapi bila dah tak ada yang tu, cendawan yang di jual ini pun sedap juga.

Cendawan ini kebiasaannya mesti di rebus dengan daun kunyit yang di carik atau di potong kecil, barulah berbau sedap dan wangi. Tapi kalau tak ada daun kunyit rebus bersama sedikit garam dan gula sudah mencukupi. 



Wajib di makan bersama sambal belacan yang telah di percik sedikit asam. Tak kisahlah samada asam limau kasturi, asam cuka atau asam jawa. Semua rasa sambal belacan tu sedap tapi dengan percikan limau kasturi sambal akan lebih power. 

Seperti biasa, masak lauk kampung, lebih-lebih lagi yang rebus-rebus ni main agak-agak saja kuantiti untuk beberapa orang makan. Lebih banyak orang yang nak makan di lebihkanlah kunatitinya. jadi aku letak nama bahan sajalah yer. Begitu juga dengan sambal. Nak lebih pedas, nak lebih terasa belacannya dan kemasamannya letaklah lebih bahan-bahan tu... yer!

Juadah Sayur Cendawan Rebus Cicah Sambal Belacan Asam


Bahan sayur cendawan rebus:

Cendawan
Daun kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

- Cendawan di carik-carik kecil dan aun kunyit di carik sedikit. Bersihkan bahan-bahan tersebut. Kemudian masukkan cendawan dan daun kunyit ke dalam periuk. 

- Masukkan juga sedikit air iaitu separuh dari bahan-bahan di dalam periuk. Masukkan sekali sedikit garam dan gula secukup rasa, rebus sehingga mendidih iaitu sehingga cendawan empuk.

- Setelah itu bolehlah dia angkat dan di makan cicah bersama sambal belacan asam.

Bahan sambal belacan asam:

Cili merah
Cili api
Belacan
Bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
Asam 
(Boleh pilih nak guna limau kasturi, cuka atau pun asam jawa)

Cara-cara:

Belacan di bakar sehingga berbau wangi terlebih dahulu. Patah-patahkan cili merah. Masukkan ke dalam lesung bersama cili api. Tumbuk hingga lumat bersama garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan bawang yang telah di hiris dan tumbuk lumat. Masukkan belacan yang telah di bakar tadi. Setelah itu, tumbuk dan gaul sebati semua bahan di dalam lesung.

Selepas itu keluarkan bahan dari lesung dan masukkan ke dalam  bekas kecil. Jika menggunakan limau kasturi, perahkan airnya dan tapis biji-bijinya. 

Jika menggunakan cuka, percikkan sesudu dua cuka pada sambal. Begitu juga jika menggunakan asam jawa iaitu cairkan asam jawa dengan sedikit air masak dan percikkan sesudu dua pada sambal.

Sedap tau lauk sayur cendawan rebus ni. Selalu aku masak lauk sayur rebus cendawan. Semua di rumah aku suka sayur cendawan. Taklah asyik-asyik sayuran hijau atau sayur kekacang. Kena ubah selera dengan sayur cendawan pula. 

Nak tengok resepi dan masakan i blog ini... klik SINI

p/s: Dengan cendawan macam-macam cara boleh buat iaitu buat sup cendawan, cendawan goreng, masak lemak cili api cendawan pun boleh. Bukan hanya cendawan kukur je boleh buat masak lemak... huhu!

5 comments:

  1. alaa... sedap lak tengok cendawan... perghhh cicah ngn sambal belacan lg menggeletar la anak tekak... hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi makan begini. Blh cuba nanti ni..

    ReplyDelete
  3. Menu ni bersama nasi putih pun dah cukup sedap

    ReplyDelete
  4. Macam best je nanti boleh cuba ni, selalu makan cendawan goreng je hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...