12 July 2018

DIY Tilam Bayi Waktu Terdesak, Untuk Segera Di Gunakan....

Apabila ada bayi kecil, memang sibuk para ibu. Ada saja barang tertinggal dan terlupa apabila berjalan jauh atau keluar ke rumah saudara mara. Ini ada cara mudah DIY tilam bayi untuk letak dan tidurkan bayi dengan selesa.  Senang nak DIY tilam bayi ni dan senang nak bongkar balik apabila tak di perlukan lagi.

DIY Tilam Bayi Waktu Terdesak, Untuk Segera Di Gunakan....
DIY Tilam Bayi Waktu Terdesak, Untuk Segera Di Gunakan....

Pernah terjadi pada aku dulu waktu ada bayi kecil. Tertinggal set tilam baby. Terpaksa tidurkan bayi atas kusyen kerusi atau toto yang di balut kain bersih. Tapi macam tak sesuai sebab kusyen keras dan tebal, bayi asyik melorot ketepi sementara toto pula lembut tapi nipis. 


Cara ini boleh juga di buat apabila ada saudara mara yang membawa bayi kecil ke rumah kita. Tuan rumah boleh siapkan tilam macam ni untuk tetamu yang bawa bayi tu. Untuk keselesaan berbual dan menjamu selera. Kecuali  kalau mereka ada bawa sendiri tempat letak bayi mereka.... hehe!

DIY Tilam Bayi Waktu Terdesak, Untuk Segera Di Gunakan....


Bahan-bahan:

Sarung bantal
Tuala mandi saiz sederhana
Bantal/ kusyen kecil

Cara-cara:

- Gulung tuala mandi dan bentukkan melengkung huruf  'U' terbalik.

- Masukkan ke dalam sarung bantal yang bersih.

- Pastikan tuala mandi  itu tertutup dan terletak elok dengan sempurna.

- Kemudiam masukkan pula bantal/kusyen kecil sebagai pelapik  di tengah-tengah huruf U tadi.

-  Kemaskan elok-elok dalam sarung bantal itu.

- Dah siap. 

Bolehlah letak bayi comel kesayangan itu di atasnya. Bayi mesti dapat tidur dengan selesa dan tidak akan risau akan terjatuh atau bergolek ke kiri kanan. Cara ini juga bagus untuk yang rajin bercuti di resort atau hotel membawa bayi kecil. Tak perlu angkut set tilam bayi kemana- mana kalau dah ada cara ini. 

Gunakan saja sarung bantal  dan tuala hotel tu. Tapi bantal/kusyen kecil kena bawa sendiri. Kebiasaan aku pun kalau ada bayi atau anak kecil, mesti usung bantal kecil. Senang, mudah, jimat dan tak perlu bersusah payah... Tak gitu..!!

Nak lihat pelbagai informasi terkini.... klik SINI

p/s: Bagus cara ni tidurkan bayi apabila  ada saudara mara, sepupu sepappat yang bawa bayi bertandang ke rumah... kan!

#kredit SINI

2 comments:

  1. Waa bgus yer tips ni...sng nk travel dgn baby..singgah sini..

    ReplyDelete
  2. alahai kreatifnya...bgus betoi...thanks for info

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...