Sebelum raya ritu dalam kesibukan aku memilih dan melihat barang-barang yang nak di beli di laman shopping online terpandang mini photo studio ada harga promosi. Dah lama aku teringin nak beli mini photo studio memandangkan gambar yang aku ambil nampak tak cantik dan berbayang gelap saja dalam rumah aku ni. Apatah lagi melihatkan harganya amat tak di jangka sama sekali. Jadi, tanpa berfikir panjang aku pun terus membuat bayaran.
Mini Photo Studio Aku... |
Orang sibuk nak raya, aku sibuk pula nak membeli mini photo studio. Kelakar pun ada sebab dah hampir sangat nak raya. Lagi seminggu sahaja tu. Penyudahnya, barangan ini sampai seminggu selepas raya. Tak apalah, bukan aku nak gunakan sewaktu raya pun. Mini photo studia ni aku nak guna ambil gambar produk review jika ada atau gambar makanan yang aku masak.
Tak adalah gambar yang aku ambil nanti berbayang gelap dan kabur. Aku ni memang tak ada bakat dalam bidang fotografi. Itu sebab gambar yang aku ambil tak ada seni. Apapun janji gambar terang dan jelas. Ini, dahlah gambar tak cantik berbayang pula. Bila dengan mini photo studio ni, barulah terang dan jelas nyata semua warna yang ada.
Cerita Mini Photo Studio Aku...
Mini photo studio ni aku beli di laman Shopee dengan harga termasuk pos hanya RM15.49. Sekarang tak dapat dah harga tu. Harganya sekarang sudah RM3+.++ dah. Lebih bersemangat aku nak ambil gamba masakan kali ni. Kalau dulu asyik di landa kemalasan saja nak ambil gambar masakan sebab gambar tak cantik langsung.
Gambar Dari Mini Photo Studio Aku... |
Ini gambar masakan yang aku ambil dengan menggunakan mini photo studio aku ni. Cantikkan... Jauh berbeza dengan gambar yang aku ambil sebelum ni. Ada orang kata, boleh buat DIY mini photo studio ni. Tapi bagi aku dengan harga yang semurah ini, baik beli je. Nak beli lampu dan pelbagai barangan lain harga dah lebih kot.
p/s: Ada seperkara lagi yang aku suka dengan mini photo studio aku ni . Iaitu senang di lipat dan di simpan.
menarik ... mrs pip pun ada beli juga mini photo studio ni, tapi jarang guna coz bila nak guna, anak2 busy nak guna sama ... adoi ...
ReplyDelete