30 July 2018

Cara Buat Lemang Mudah Dengan Menggunakan Cawan Kertas

Bila nak raya, terutamanya raya aidilfitri ataupun raya aidiladha, tak lengkap juadah sekiranya tak ada lemang yang terhidang di atas meja. Tapi nak buat lemang bukannya kerja mudah. Kena cari cara buat lemang mudah tanpa perlu bersusah payah. Baru sekejap tadi aku jumpa di FB satu cara buat lemang mudah dengan menggunakan cawan kertas.

Cara Buat Lemang Mudah Dengan Menggunakan Cawan Kertas
Cara Buat Lemang Mudah Dengan Menggunakan Cawan Kertas

Teringat masa di kampung dulu-dulu, nak buat lemang dari awal lagi menggunakan cara tradisional. Mula-mula cari buluh di hujung kampung atau di pinggir hutan berdekatan sungai. Selepas tu kait pula buah kelapa di tepi rumah. Seterusnya proses memotong buluh dan memproses buah kelapa. 

Seterusnya mengukur kelapa menggunakan tulang empat kerat untuk mendapatkan pati santan. Menyiapkan tempat membakar lemang di laman rumah pun satu kerja yang memenatkan juga dengan membakar kayu api. Setelah proses memasukkan pulut dan santan, proses membakar mengambl masa yang lama iaitu hampir setengah hari. Penat tak kira menjaga api agar lemang masak sekata.



Patutlah harga lemang yang siap di jual boleh di katakan mahal. Tak berbaloi membeli sebab tak boleh makan banyak dan berulang kali. Ada cara yang mudah ini, bolehlah di cuba. Mudah sangat prosesnya. Acuannya hanya menggunakan cawan kertas. Tak perlu lagi menggunakan buluh yang bukannya mudah di dapati sekarang.

Cara Buat Lemang Mudah Dengan Menggunakan Cawan Kertas


Bahan-bahan:
Beras pulut
Santan
Daun pisang 
Cawan kertas 
Garam

Cara-cara:

- Basuh beras pulut dan toskan sehingga kering 
- Masukkan daun pisang ke dlm cawan kertas 
-.Masukkan 3/4 cawan beras pulut 
- Perasakan santan dengan garam dan masukkan ke beras pulut tadi 
- Masukkan ke dalam kukus
- Kukus selama 2 - 3 jam
- Pastikan lemang sejuk dahulu baru di potong cawan kertas untuk mengeluarkan lemang
- Potong dan hiris kepingan lemang seperti biasa
- Boleh di makan bersama rendang atau serunding

Mudah sahaja nak buat lemang cawan kertas ini. Tak cerewet langsung. Mestilah tak berapa sama dengan lemang yang di bakar. Tapi kalau nak rasa macam di bakar itu, apa kata selepas di keluarkan dari cawan, selepas tu di bakar dan golek-golekkan sekejap dalam kuali leper untuk kulit luarnya nampak garing sikit. barulah di potong macam lemang biasa tu.

Raya haji atau raya aidiladha nanti, bolehlah cuba buat lemang yang sangat mudah untuk di buat ini. Mesti hari raya nanti lebih  meriah dengan adanya juadah lemang di atas meja. Apapun kena merajinkan diri membuatnya. Bukannya susah pun. Tak macam dulu-dulu, terpaksa bersusah payah meredah pinggir hutan dan mengait buah kelapa.... huhu!

Nak dapatkan tips dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s:  Senang zaman sekarang, lemang cawan pun jadi lah... :)

#kredit FB Otomen Slumber

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...