09 July 2018

Baru Ku Tahu Apa Itu Sos Carbonara Dan Perbezaannya Dengan Sos Alfredo

Makanan Itali, lebih-lebih lagi pasta memang menjadi kegemaran ramai di Malaysia. Termasuklah kami sekeluarga.  Hari ini terbaca di group MAHN barulah ku tahu tentang sos carbonara dan perbezaannya dengan sos alfredo. Rupanya sos kepada pasta yang aku buat selama ini yang aku masak letak krim atau susu tu resepi sos alfredo bukannya carbonara.... hahaha!

Baru Ku Tahu Apa Itu Sos Carbonara Dan Perbezaannya Dengan Sos Alfredo
Baru Ku Tahu Apa Itu Sos Carbonara Dan Perbezaannya Dengan Sos Alfredo

Sesekali aku sekeluarga masak juadah yang di katakan western tapi biasanya telah di ubah suai ikut tekak sendiri. Tekak orang Melayu biasanya nak yang terasa kepedasannya, jadi  juadah western di aku tambah cili api biar pedas sikit. Berkenaan dengan tentang sos putih, terdapat perbezaan yang amat ketara dalam penyediaan sos alfredo berbanding dengan carbonara rupanya.... heh!


Sos carbonara yang asli, tidak menggunakan susu atau krim. Sos carbonara asli hanya menggunakan minyak gorengan daging (breakfast beef di Malaysia, atau kalau di Itali, sejenis bacon), telur, air panas dari rebusan pasta dan jenis-jenis keju parmesan.

Apa Itu Sos Carbonara Dan Perbezaannya Dengan Sos Alfredo


Sos carbonara sebenarnya adalah pekat, amat lemak dan berkrim hasil dari proses emulsifikasi telur dengan keju dan air panas. Rata-rata, sos carbonara di Malaysia sebenarnya adalah sejenis sos alfredo jika berasaskan krim, atau pun susu. 

Sos carbonara  dihasilkan dengan “memasak” telur dengan pasta dan air rebusan pasta yang panas. Telur dan cheese akan memekat menghasilkan sos yang “creamy” tanpa penggunaan krim. Pilihan cheese penting untuk menghasilkan rasa carbonara terbaik. 

Sos Alfredo asli pula berasaskan butter, krim pekat, cincangan bawang putih dan daun parsley. Ia lebih cair dan berperisa bawang putih, dan jika kita tambahkan ayam yang digrill, jadilah ianya “Chicken Alfredo Pasta” 

Seronoknya dapat ilmu baru hari ini. Tak sangka dah tersilap mengolah masakan rupanya selama ini . Selepas ni nak  masak dan buat pasta carbonara yang betul-betul  as a carbonara. Pasta yang aku biasa masak tu semestinya adalah pasta alfredo sebab letak susu... huh!

Semoga dengan pencerahan ini, kita lebih memahami perbezaan antara pasta carbonara dan pasta alfredo dan lebih tepat dalam penggunaan terminologi masakan. Haiihhh....

Nak lebih tips dan informasi.... klik SINI

p/s:  Bukannya pandai pun masak stail omputih ni... Masak sesekali je... heh!

#kredit FB MAHN
#pic fr google

2 comments:

  1. Del tahu makan jerr. asal sedap.. ahha

    ReplyDelete
  2. aida tahu ia berbeza.
    cuma tak boleh sebut in detail.
    this helps me :)
    tq.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...