Seharian bekerja dan menguruskan rumah tangga, penat yang tak terkirakan saban hari. Apa kata kita ikut petua yang boleh menyegarkan diri dari sakit-sakit badan. Tak perlu susah-susah dan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Hanya sebuah petua dapur dari bahan-bahan masakan di dapur sahaja sakit-sakit badan dah hilang.
Menyegarkan Diri Dari Sakit-Sakit Badan Dengan Petua Dapur Ini |
Antara bahan dapur yang di gunakan adalah halba. Ia mengandungi karbohidrat sehingga 60 peratus, protein dan minyak lemak, pati minyak, flavonoid, saponin serta kumarin. Terdapat hasil penelitian yang menunjukkan khasiat menurunkan kadar gula darah ditunjukkan daripada proses kompaun alkaloid tri-gonelline dan kumarin.
Halba sebagai makanan kesihatan diamalkan nenek moyang kita dulu untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Antara khasiat halba dipercayai dapat memperbanyakkan susu ibu, melancarkan haid, melegakan sakit kepala atau migrain, membuang angin, buasir, senggugut, merangsang rahim, mengurangkan berat badan, mengawal kencing manis serta mengurangkan radang kulit.
Selain halba, bahan dapur lagi yang di gunakan adalah serai dan halia yang di ketahui mempunyai pelbagai khasiat yang sangat banyak. Halia mengandungi sehingga tiga peratus minyak pati yang memberikannya aroma selain akar halia muda biasanya berjus dan mempunyai rasa pedas yang lembut. Halia berupaya menghalau angin dalam badan.
Serai pula banyak digunakan dalam masakan Melayu , Indonesia dan Thailand. Antara masakan yang menggunakan serai ialah tomyam, rendang dan kerabu. Selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang di ekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik, syampu dan sabun.
Serai mengandungi kandungan sitral sebanyak lebih kurang 65 hingga 85 % . antara sebatian lain yang terdapat dalam serai ialah linalol, geraniol, sitronelal, sitronenol, farnesol, farnesal, limonena dan nerol. Serai juga banyak di gunakan dalam perubatan tradisional. Air serai boleh menghindari dari terkena bisa-bisa dan sejuk dalam badan.
Menyegarkan Diri Dari Sakit-Sakit Badan Dengan Petua Dapur Ini
Bahan-bahan:
1 sudu kecil halba
1 inci halia
2 batang serai
1 liter air
1sudu kecil pes asam jawa
Cara-cara:
Seketul halia di ketuk-ketuk jangan sampai hancur. Serai di ketuk bahagian pangkalnya. selepas tu rebus halba, serai dan halia bersama 1 liter air.
Rebus sehingga betul-betul mendidih. Untuk di minum, masukkan 1 sudu kecil pes asam jawa ke dalam 1 cawan air rebusan itu
Kacau sehingga larut dan minum pada malam sebelum masuk tidur. Seeloknya minum semasa air rebusan masih suam.
Insya'allah, keesokan harinya badan akan jadi segar dan sakit-sakit badan akan segera menghilang. Elok di amalkan selalu.
Selain dari menghilangkan sakit-sakit badan, ramuan bahan-bahan di atas mampu juga menhilangkan angin dalam badan, kebas-kebas kaki tangan, susah buang air besar dan senggugut. Amalkanlah selalu untuk kesihatan yang baik secara berterusan. Dari bahan-bahan alami dan semulajadi senang di dapati pula tu...
Nak dapat lebih informasi... klik SINI
p/s: Jom mengamalkannya, untuk kesihatan yang lebih baik tanpa berbelanja lebih... :)
#idea fr FB
#pic fr google
SA nak cuba la petua akak ni..lately ni dah umur ni badan asyik lesu je..
ReplyDeleteresepi tradisional.. paling best kalo dapat kluarkan angin. hehe =P
ReplyDeleteBiasanya saya rebus halia dan serai je. Next time nak cuba buat campur halba plk.. salam kenal sis.. nice sharing!!
ReplyDelete