25 June 2018

Tips Pudarkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Secara Semulajadi

Bila mata susah nak tidur atau banyak kerja nak buat sehingga tak cukup tidur atau waktu malam hanya dapat tidur 3 - 4 jam sahaja, maka terjadilah lingkaran gelap atau lingkaran hitam bawah mata. Ada  beberapa tips yang aku kutip nak pudarkan lingkaran gelap bawah mata yang boleh di ikuti. Cara mudah dan semulajadi untuk pudarkan lingkaran gelap bawah mata tanpa perlu berbelanja banyak. 

Tips Pudarkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Secara Semulajadi
Tips Pudarkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Secara Semulajadi

Bagi orang yang amat menjaga penampilan dan kecantikan, lingkaran gelap ini bagaikan mimpi ngeri pada mereka. Sanggup berhabisan wang ringgit untuk memastikan kulit wajah jauh dari kesan lingkaran gelap itu. Biasanya  dengan membeli produk kecantikan yang berjenama untuk menutup cela yang terbentuk akibat  lingkaran gelap itu.


Lingkaran gelap ini kalau dah terkena, amat sukar untuk di hilangkan kecuali ubah cara hidup dengan menjaga waktu tidur dan seterusnya mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Itu pun belum memastikan lingkaran itu hilang sepenuhnya. Jadi untuk memudarkan lingkaran gelap yag telah terjadi, gunakanlah bahan-bahan semulajadi yang menjimatkan.

Tips Pudarkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Secara Semulajadi


Jom kita tengok  bahan-bahan  semulajadi  yang boleh diguna untuk memudarkan  lingkaran gelap  bawah mata.

- Timun
Hiris timun segar dan letak dalam peti ais selama 30 minit. Keluarkan dan letak di bawah mata selama 10 minit.

- Kentang 
Parut kentang dan perah airnya. Rendam kapas muka dalam air kentang dan letakkan di bahagian mata dalam 10 hingga 15 minit. Boleh juga dipotong nipis dan terus letakkan di bawah mata.

- Air Mawar.
Rendam kapas ke dalam air tersebut dan letak di atas mata selama 15 minit.

- Tomato. Campurkan jus tomato dengan satu sudu teh jus lemon. Sapukan di bahagian lingkaran gelap selama 10 minit.

- Lemon
Sapu jus lemon di bahagian lingkaran gelap selama 10 minit.

-Minyak Kelapa Dara
Urut secara lembut bawah mata dengan minyak kelapa. Biarkan selama beberapa jam dan cuci bersih.

- Uncang teh
Sejukkan dua uncang teh dalam peti ais. Kemudian letakkan uncang tersebut di atas mata selama 15 minit.

- Kunyit.
Campur serbuk kunyit dan jus nenas, jadikan ia pes yang pekat. Sapu di bahagian lingkaran gelap selama 10 minit dan bilas sehingga bersih.

- Minyak almond.
Boleh juga dicampur dengan minyak Vitamin E. Sapu bawah mata setiap malam sebelum tidur.

- Ketulan Ais
Tekap mata dengan ketulan ais  Letakkan di atas mata selama beberapa minit. Selain itu boleh juga tekapkan tuala sejuk, atau sudu sejuk di atas mata.

Untuk medapatkan kesan yang baik, lakukan secara konsisten. Barulah kesannya akan menampakkan hasil  dan wajah akan segera pulih dari lingkaran gelap yang mencacatkan wajah. Aku biasa buat dengan ketulan ais tu. Selain untuk memudarkan  lingkaran gelap bawah mata, ia juga menyegarkan mata yang letih akibat penat mengadap laptop.... hahaha!

Nak lebih tips dan informasi klik SINI

p/s : Satu perkongsian yang biasa selepas puas mencari idea untuk pengisian blog... hurm!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...