15 June 2018

Selamat Hari Raya Uolls!!

Dah hari raya rupanya... Di kesempataan ini aku ucapkan Selamat Hari Raya pada yang membaca tulisan aku ni. Di pagi raya pertama ni, aku santai-santai kat rumah macam biasa. En. suami dari malam tadi bekerja. Rehat-rehat, lepak-lepak kat rumah je lah. Seronoklah uolls beraya di kampung yerrr!!

Juadah Hari Raya 2018
Juadah Hari Raya 2018

Aku sekeluarga pagi-pagi esok baru nak gerak balik kampung di Perak. Setiap kali raya macam inilah kita orang. Bagi kami raya pertama tu tak ada makna apa-apa. Raya kedua baru nak rasa seronok sebab balik kampung. Apa nak kata, sudah tugas en. suami macam tu. Alah bisa, tegal biasa. 


Hari ni baju raya memnag tak sentuh lagi. Esok pagi-pagi tu pun tak pakai baju raya lagi. Bukan buat apa pun, buat berkedut, berkerut seribu baju raya tu je. Lagi pun raya atas jalanraya je pun Baik tak payah melaram dengan baju raya tu... hahaha!

Kuih Raya 2018
Kuih Raya 2018

Kuih raya dah pun aku buat. Kira raya bersejarah jugalah tahun ni. Dah cukup lama aku hanya beli kuih raya. Kuih tunjuk-tunjuk sahaja kat bazaar ramadan. Kali ni menjadilah 4 jenis kuih raya. Aku buat pun sesaja nak bagi anak-anak keseronokan buat kuih. Kuih siput, biskut dahlia, biskut makmur dan kuih tart. Dia orang teringin nak merasa buat kuih sendiri.

Hari Raya Indah Beriya....! 


Hari ni, dah pun tersedia juadah raya iaitu nasi impit, rendang dan kuah kacang. Jadilah buat santapan dan kudapan raya. Kek buah kukus pun ada. Jangan kata tak beraya. Meriah juga makan juadah raya tu. Nasib baik anak-anak dah boleh terima suasana raya macam ni walaupun ada juga sesekali merengek, teringin nak merasa raya pertama di kampung bersama atuk dan opah.

Semalam sesaja aku dan anak suka-suka buat dan edit video Selamat Hari Raya. Menjadi pula tu. Walau ada bahagian yang tak berapa nak elok tapi jadi lah. Suka en. suami dengan video tu. Habis di hantarnya ke serata kawan-kawan, juga di group whassap dan grou FB. Gasaklah engko... hehe!



Ok lah, Selamat Hari Raya...

Nak tengok pelbagai cerita di blog ini... klik SINI

p/s: Subuh-subuh esok nak gerak balik Kampung. Sekejap lagi nak buat kek coklat. Malam ni buat rendang lagi nak bawa balik kampung untuk orang kampung plak... huhu!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...