23 June 2018

Resepi Nasi Impit Goreng Sambal... Sedap tau!

Sebelum puasa ari tu ada aku buat nasi impit kuah kacang sebab en. suami dengan anak-anak teringin nak makan. Nak tunggu raya lambat lagi masa tu. Buah kuah kacangnya sikit jer tapi terbuat atau rebus nasi impit berlebihan pula. Kuah kacang dah habis seperiuk, takkan nak buat kuah kacang lagi. Maka terjadilah nasi impit goreng sambal. Buat pertama kali aku buat masakan ni. Wah, sedap pula rasa nasi impit goreng sambal ni. Hingga menjilat jari tau.

Nasi Impit Goreng Sambal
Nasi Impit Goreng Sambal

Musim-musim raya ni mesti ada yang buat rumah terbuka juadah nasi impit dan kuah kacang. Bila kuah kacang dah habis dan nasi impit banyak lagi, apa kata goreng sambal pula nasi impit tu. Tak ada lah terbuang dan membazir nasi impit tu. Gerenti dan di jamin sedap. Boleh hidang pada para tetamu juga... hehe!


Resepi ni hanya resepi dari adaptasi dari resepi sambal goreng biasa dan resepi mee goreng basah je. Buat pun mudah sangat. Semuah dan sekelip mata dah boleh di makan. Sesuai sunggun dengan selera dan tekak aku yang gemar masakan yang sebegini. Orang lain aku tak tahulah citarasa bagaimana... ya tak?

Resepi Nasi Impit Goreng Sambal... Sedap tau!


Bahan-bahan2

4 paket nasi impit yang telah di rebus
3 biji bawang  merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
15 bji cili kering/ 2 sudu besar cili giling
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar kicap
Sedikit sayur - sawi, kobis, kangkung atau kucai/taugeh (pilih mana yang nak)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Nasi impit di potong dadu kecil-kecil. Bawang merah, bawang putih, halia di kisar bersama cili kering atau di tumbuk dan campurkan dengan cili giling. Tumiskan bahan kisar bersama sedikit minyak sehingga naik minyak dan hampir garing.

Masukkan pes asam jawa, kicap dan jika perlu sedikit air. Kacau sehingga sebati. Masukkan sayuran pilihan samada sawi, kobis, kangkung atau kucai/taugeh (pilih mana yang nak). Sebelum tu bersihkan dulu, yer!

Kacau sehingga sayuran layu dan masukkan nasi impit. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula. Kacau bahan masakan sehingga benar-benar sebati. Selepas tu bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Itu saja resepinya yang pernah aku buat dan aku rasa. Sedap tau masakan ni. Aku pun tak sangka akan kesedapannya tu. Kalau korang nak rasa, boleh lah buat macam aku bila ada nasi impit berlebihan waktu raya ni. Taklah membazir dan terbuang. Tak gituuu!

Nak lihat lagi resepi di blog ni... klik SINI

p/s : Salah satu idea yang biasa-biasa je... Sesuka mencuba secara tak sengaja... hahaha!

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Akma..
    Nasi impit memang kegemaran LZ, apatah lagi nasi impit goreng pedas..
    Next time nak cuba resepi Akma ni, thanks..

    ReplyDelete
  2. dah lama tak makan nasi impit goreng ni! Memang sedap :D

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...